me & my lovely family

me & my lovely family

Friday, September 30, 2011

Ye...Ye..n Ye..Luv KHJ Very2 Much!!Ade Masalah Ker???

Seriusly,aku rasa memang dah gila tahap gaban dengan Kim Hyun Joong ni.Setiap hari mesti bukak Youtube tengok video klip dia.Salah ker??? @ secara sopannye.. Ada sebarang masalah ker??

Hahah, lantak lah ape orang nak kata pun..Wa pedulik ape???
Dah2, takyah nak ngomel sorang2.Meh join aku layan video klip dia ekh..Jommmmm... 



Thursday, September 29, 2011

PADINI WAREHOUSE CLEARANCE

Pada yang rasa teruja bila tengok iklan cenggini....ape lagi koranggggg..
Teruskan saje niat murni mu ituuuuuuu...hehehhe..


Nota Kaki : Kebetulan aku pun cuti esok..so jangan terkejut kalau2 terserempak ngan aku nanti ye..

Wednesday, September 28, 2011

Bile Konfiden Level Dah Menghampiri Angka Zerrroooo..

Korang2..nak tanye seket nih. Pernah tak korang mengalami situasi yang macam tajuk aku tuh?? x kesah la, ape2 situasi pun.Yang penting,bile korang nak sangat buat sesuatu yang korang suka @ sesuatu yang tak dirancang,tapi still kene wat gak,terus korang xde mood.Takpun, terus rase serabut jer pale otak.Macam-macam nak nak pikir.Sama ada nak teruskan @ tidak?? Pernah tak rase macam tu??

 Seriusssss!! kalau tanya pada aku..memang sekarang aku dah mengalaminye.Bukan kadang-kadang dah,tetapi kerap okkeyyyy.. U know why??? 1 je reason aku sekarang..

" Huda dah gemokkkk. "
Ada bantahannn?? xde kann?? aku tau...saje je test tanye kot2 ade plak ckap
 "taklah!!ko dah kurus laaaa.." ade macam tu?? berangggaaaaannnn hudaaaa .

Tapi serius,aku tak tipu..Disebabkan aku yang dah makin gemokkk ni,ape pun aku tak boley nak wat.Means,bukanlah totally semua benda..cume kalau nak kuar outing ngan kawan2 ke officemate ker,aku dah segan okkey..puas pikir nak pakai baju ape..kalu dlu,sarung je jeans ngan tshirt yg fit2 je ngan badan (smpai mak pesan,jgn pakai mcm tu kalu balek uma nenek,hehe),pastu ngan kasut jalan yg ala2 sneakers tu (pd hal bkn sneakers pn).Simple jer,tp sgt2 selesa.Senang nak gerak sane cni...pastu gayakan plak ngan sling bag,aaarhhhh besnye zaman muda2 dulu..asal je org ajak, 'huda jom gi karokk...' aku pun 'jommmm..' huda jom gi PD?? Jommm aje..(padahal dah kul 8mlm tuh). Serius, x kesah langsung okkey time tu..

Tapi kalau sekarang diajak macam tu,kompem aku kene pikir dulu b4 bg jawapan.1st, nak pikir ape alasan nak bagi kalau xnak join.2nd,kalau alasan tu sume xley nak diterima,still kene join jgk xtvt dorg n satu hal plak nak pk nak pakai ape..time tu la aku akan rase serabut..rase mcm 1 bebanan yang besar atas pale aku.Padahal,small matter je kan...
 


 Adoyaiii..napelah susah betul aku nak meng'konpiden'kan diri ni..bukannye aku tak usaha nak kurus..macam2 dah aku wat..tapi aku yakin..usaha aku tu sume belom lagi mencecah 5% lagi..so jangan nak berangan usaha 5% tu boley ubah ko jadi 1 of the contestants American Next Top Model okkeyyyyyy...beranggaannnnnnn sangat2 huda nihhhh..kasik pangggg seketttt..biar dtg balik ko punye konpiden tu ye huda....





10 Gunung Berapi Berbahaya Yang Masih Aktif Di Dunia

Tengah2 layan forum,jumpa plak info pasal gunung berapi ni.Rasa macam bes je nak share2 ngan korang.So, enjoy ya!!

1. Chaitén



Terletak di Chile selatan, tepi kaldera mencapai 1,122 meter di atas aras laut dan 3km dengan diameter. Gunung Chaiten mula meletus pada Mei 2008. Kekuatan letusan itu meningkat secara dramatik menghasilkan ledakan arus awan dan lava. Pada bulan Februari 2009 , terjadi sebahagian letusan disebabkan runtuhnya kubah aliran piroklastik lebih bawah melalui lembah sungai.

2. Mayon



Gunung Mayon terletak di bahagian Albay, di Luzon, Filipina. Sebahagian dari Lingkaran Api Pasifik, merupakan salah satu gunung berapi paling aktif, telah meletus di Filipina selama lebih dari 49 kali dalam masa 400 tahun terakhir.

3. Mount Etna



Terbesar daripada tiga gunung berapi aktif di Itali terletak 3,329 meter di atas aras laut di pesisir timur Sisilia. Salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, Gunung Etna adalah dalam keadaan hampir konstan. Yang paling terakhir adalah letusan abu pada bulan April 2010.

4. Mount Nyiragongo



Gunung Nyiragongo terletak di Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo. Mempunyai kawah dengan selebar kira-kira 2 km. Sejak tahun 1882, gunung ini telah meletus sebanyak 34 kali. Lava Nyiragongo terus turun dengan kelajuan hingga 60 mph.

5. Whakaari / White Island



Pulau putih ini terletak 28 km di timur Pulau Utara Selandia Baru. Letusan telah terjadi di sini baik melalui aliran lava dan ledakan abu . Letusan terbesar terjadi pada tahun 1981-1983 banyak mengubah lanskap, dan ada juga letusan pada tahun 2000 dan 2001.

6. Mount St Helens



Gunung St Helens terletak di Scamania County, Washington, USA. Peristiwa yang paling terkenal berlaku di sini mungkin letusan pada bulan Mei 1980 yang menyebabkan 57 kematian dan kerosakan harta benda seluas lebih dari 230 mil persegi. Pada tahun 2008 wapnya mulai meletus dari rekahan di kubah lava.

7. KÄ«lauea



Kilauea merupakan gunung berapi aktif di Kepulauan Hawaii dan merupakan salah satu dari lima gunung berapi yang bersama-sama membentuk pulau. Letusan gunung ini bermula pada bulan Januari 1983 dan terus menghasilkan aliran lava yang bergerak dari ventilasi melalui jaringan yang dibuang ke laut. Letusan ini telah meliputi lebih dari 117 km persegi dan dibina dalam laut yang berkedalaman 2 km.

8. Soufrière Hills



Ini gunung berapi Soufrière Hills mempunyai banyak kubah lava yang membentuk puncaknya di pulau Karibia Montserrat. Setelah lama tertidur, gunung ini menjadi aktif pada tahun 1995 dan terus meletus. Pada 5 Februari 2010 ledakannya menyebabkan berlakunya ledakan arus awan di beberapa bahagian gunung itu pada suatu waktu.

9. Popocatépetl



Popocatépetl adalah puncak tertinggi kedua di Mexico pada 5,426 meter, dan terletak kira-kira 70 km di tenggara Mexico City. Gunung ini merupakan gunung yang paling berbahaya di Mexico dengan lebih dari 20 letusan besar sejak 1519. Yang paling baru pada bulan Desember 1994 dan sejak itu aktiviti gunung berapi ini aktif berterusan..

10. Sakurajima



Awalnya sebuah pulau, setelah aliran lava dari letusan 1914 dari Sakurajima sekarang bersambung ke Semenanjung Osumi di Jepun. Aktiviti Sakurajima menjadi lebih menonjol lagi pada tahun 1955, dan gunung berapi telah meletus secara berterusan sejak itu, dengan 7300 letusan tercatat dalam masa 45 tahun terakhir