KUALA LUMPUR: Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.
Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.
"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, hari ini.
Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Nota Kaki : Makin menjadi2 lah diorang ni..Takut dah aku nak kuar sorang2 lagi.Padan la IJ marah betul kat aku bila aku kata aku nak kuar jalan sorg2.Pagi tadi dia baru bagitau kenapa dia tunggu aku sampai aku masuk lobi,baru dia gerak setiap kali dia hantar aku pegi keje.Rupenye pasal kes ni lah.Hurrmm..sayang jugak dia kat aku kan,hehe..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment