me & my lovely family

me & my lovely family

Sunday, May 29, 2011

Mitos,fakta bawang putih..

PELBAGAI manfaat boleh diperolehi daripada bawang putih.
BAWANG putih sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tidak kira di mana dan apa bangsanya. Selain kegunaannya dalam masakan, bawang putih juga menjadi bahan perubatan tradisional.
Kegunaannya merentasi kaum lantaran manfaat bawang putih sememangnya tidak boleh diperkecilkan.
Sebab itu semua sependapat bahawa bawang putih merupakan bahan makanan yang ajaib - sarat dengan nutrien, vitamin, mineral dan bersifat antioksidan. Lebih daripada itu, ia merupakan bahan masakan rendah kalori selain rasanya yang tersendiri menambah keenakan banyak hidangan.
Tentunya ramai yang ingin tahu fakta nutrisi di sebalik bawang putih.
Seulas bawang putih mengandungi:
* 1.76 gm air
* 4 kalori
* 0.19 gm protein
* 0.1 gm serat
* 0.99 gm karbohidrat
* 0.03 gm gula
* 0.01 gm lemak
Bebas kolesterol atau lemak tepu.
Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.
Namun keajaiban nutrisi bawang putih tidak berakhir setakat itu. Bahan makanan itu turut mengandungi antioksidan yang tinggi berkaitan dengan manfaat dari sudut kesihatan. Ia termasuk berfungsi merendahkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Bahan kimia yang berperanan untuk manfaat tersebut dikenali sebagai allicin, diallyl disulfide, diallyl trisulfide danallyl propyl disulfide.
Satu perkara penting yang perlu diingat untuk mengekalkan nutrisi bawang putih adalah bahan tersebut perlu diracik atau ditumbuk dibiarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dipanaskan atau sebelum ditambah bahan berasid semasa memasak.
Mengikut kajian American Heart Association sebanyak 74.6 juta orang dewasa mengidap penyakit darah tinggi yang mengakibatkan antara lain kematian mengejut, strok dan serangan jantung.
Disebabkan kesan negatif yang mungkin timbul di kalangan pengidap penyakit tekanan darah tinggi, keadaan seperti itu sering dirawat dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun ramai yang lebih suka menggunakan suplemen semulajadi seperti bawang putih untuk merendahkan tekanan darah mereka. Lebih daripada itu banyak kajian mendapati nilai tambah jika pengambilan ubat-ubatan digabungkan dengan amalan memakan bawang putih untuk memperoleh kesan berganda dalam kawalan darah tinggi.
Keserasian
Kajian juga menunjukkan 'keserasian' antara bawang putih dan tekanan darah di mana bawang putih mempunyai keupayan untuk merendahkan tekanan daran terutama di kalangan pesakit yang mengalami penderitaan tersebut.
Bawang putih secara umumnya selamat biarpun ada masanya bahan makanan itu boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan bau yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan, oleh itu berhenti mengambil bawang putih sebelum pembedahan atau mengunjungi doktor gigi.
Ramai juga berpendapat bahawa bawang putih boleh membantu menurunkan berat badan. banyak tulisan mengenainya, malah ada pakar menyarankan pengambilan tablet bawang putih sebelum waktu makan.
Bagaimana data saintifik kaitan antara bawang putih dan penurunan berat badan agak terhad. Hanya kajian utama menunjukkan seekor tikus yang diberi makanan kandungan gula tinggi sepanjang tiga minggu. Tikus itu turut diberi suplemen bawang putih dan tidak berlaku sebarang peningkatan berat badan. Sama ada uji kaji tersebut mendatangkan kesan yang sama kepada manusia adalah tidak diketahui.
Sehubungan itu, mekanisme bawang putih untuk menurunkan berat badan masih tidak jelas biar pun ada yang berpendapat secara teorinya bawang putih merangsang otak yang mengawal selera.
Satu kajian terhadap manusia telah dijalankan menunjukkan bawang putih membantu menurunkan paras kolesterol. Banyak lagi uji kaji terhadap manusia diperlukan untuk menentukan manfaat bawang putih terhadap manusia.

Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_06.htm

Nota Kaki - tbe2 teringat lauk ikan pais yg mak selalu wat kalau aku balik kg.korg tau tak lauk ikan pais tu mcm mane?? ha..pandai2 korg la crik.nnt x jumpe bgtau aku,heheh...dalam ikan pais tu kn,bawang putih tu mak aku taruk sebanyak mungkin.pastu dia paksa aku makan.mula2 memang aku tolak habis-habisan tp bila dah cube,sedap okkey...xde rase bawang putih langsung.mak penah cakap jugak,kalau nak kurus, letak je beberapa ulas bawang putih tu bile kite masak nasik sbb dia pn akan jadi lembut,gebu dan sedap macam wat pais tu.tp jangan la ko tibai tiap2 hari plak...nanti mmg dah cantek kurus,tp ketiak plak makin tengik satu depa dah bau.dah satu hal plak nk crik petua untuk hilangkan bau ketiak kann..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 26, 2011

ETS (Electric Train Services)

Sape tau pasal ETS ni?? Kalau xtau,meh sini aku bgtau ape bendanye ETS tu..kalau korang nak tau same,sementara aku ngah mengupdate blog aku ni,aku nek ETS la ni.Aku kene balik kg sbb nak setelkn urusan loan uma tu.So,ble da ujung2 bulan mcm ni,kalu nak drive balek kg mmg agak rugi.Membazir je.So aku decide nek tren je.Kalau nak diikutkn,smlm balek Perak ingt nak nek ETS,tp macam agak rush,takut smpai Ipoh xde sape nak amek ble lambat2,aku trus je gi kaunter KTM.Time tu dah pukul 5.15.Aku trus ckp nk tiket kul 6 ptg sbb mmg mase kt opis aku dah col siap2 tnye tiket petang ade kul bape?itu pn dia ckp time tu available dlm 50 tiket lg.nseb bek smpai2 still ade lg tket ke Ipoh..So tiket aku KL Sentral - Ipoh,6ptg n mase perjalanan 3jam,harge tiket lak RM22 sbb tiket ekonomi dah sold out..Jd utk hari ni,ble aku dah setelkn urusan bank pagi td,aku trus shoot gi KTM Ipoh,mmg niat nk ushar2 ETS.So ble dah tanya mcm2,trus aku decide nek ETS ni..

So tiket aku, Ipoh - KL Sentral, 6.15ptg.Mase perjalanan adalah 2jam stgh..rege tiket RM25.Mahal sikit dr KTM.Tp korang bley pilih,kalau nak perjalan 1jam stgh saje,ade.Tp rege tiket tu mahal la sikit,RM35.tp ok what? Pd sape2 yg mmg urgent nk ke ipoh,ley trus nek ETS ni.x penat nk drive, x abes duit ko kt minyak ngan tol..tu blom lg kalu2 terkene speed trap.Tul x??Tu pd pendapat aku la kan..kalu korg x setuju,aku nk cakap ape kn..
So far aku kt dlm,rase selesa je.terasa gak laju kalu nk compare ngan KTM.Ni ade pic aku snap2 td sementara x ramai org,

Pastu kn kalu korg nak tau,kt skrin LCD tu ade tertera bape kelajuan tren yg ko ngah nek tu skang.Stakat yg aku perasan,maksimum kelajuan dia 146km/h.


 So cane,bes x korg rase??kalu rase ape lg,cube2 la nek ETS tu ye..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 17, 2011

Gerai Petai R&R Tapah

APABILA menempuh satu perjalanan yang jauh melalui lebuh raya untuk sampai ke sesuatu destinasi, pasti Hentian Rehat & Rawat (R&R) menjadi lokasi wajib untuk disinggahi.
Selain mahu mengisi perut yang lapar, menunaikan solat atau melepaskan hajat, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai produk yang dijual.
Malah, terdapat Hentian R&R tertentu seperti di Tapah, Perak yang terkenal dengan buah-buahan seperti jambu batu, jambu madu, limau bali dan sebagainya. Ia sudah tentu boleh menjadi buah tangan untuk dibawa pulang untuk keluarga atau teman-teman.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak kedai buah di Tapah, anda mungkin tertarik dengan sebuah gerai di Hentian R&R Tapah arah selatan yang turut menjual petai.
Menurut Mohd. Johari Niya Ahmad, 34, yang membantu perniagaan ibunya di hentian tersebut, sudah hampir dua dekad menjual buah-buahan termasuk petai kepada orang ramai yang berhenti rehat di kawasan itu.
"Petai adalah salah satu daripada ulam kampung kegemaran ramai. Ia biasanya sering didapati dan dijual di kawasan kampung. Tetapi, apabila menjualnya di kawasan hentian rehat lebuh raya situasinya agak berbeza.
Varieti petai
"Pengunjung lebih suka membeli buah-buahan seperti jambu batu atau jambu air. Bagaimanapun, rezeki sebagai penjual petai di kawasan ini tetap ada," kata Johari sambil tersenyum lantas menunjukkan beberapa papan petai.
Dia memperoleh bekalan petai daripada Orang Asli di sekitar Tapah seperti di Batu 7 dan Batu 14. Harganya mengikut pasaran semasa dan bekalan petai dihantar seminggu tiga kali.
Antara petai yang dijual Johari termasuklah petai papan yang mempunyai rasa agak pahit dan petai padi yang lebih lemak serta bertangkai pendek.
Menjadi satu-satunya peniaga yang menjual petai di R&R Tapah arah utara, Johari mengakui sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
"Alhamdulillah, setakat ini bisnes kami mempunyai kelompok pelanggan tersendiri. Malah, ada juga pelancong asing yang membeli petai kami dan memang seronok melayan kerenah mereka," beritahu Johari ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Johari, apabila menjalankan perniagaan di lebuh raya, harga jualan dipantau oleh pihak PLUS Expressway Berhad (PLUS).
"Selain itu, gerai jualan juga perlu dibuka setiap hari. Ia tidak boleh ditutup sesuka hati. Jika ada kecemasan, peniaga perlu memaklumkan pada pihak PLUS terlebih dahulu. Selepas mendapat persetujuan mereka, barulah gerai boleh ditutup," ujarnya.
Ditanya cabaran berniaga di hentian R&R, Johari pantas mengakui berdepan pelbagai ragam pelanggan yang adakalanya memeningkan kepala. Namun, ia bukan penghalang untuknya terus berniaga di situ.
"Apa yang penting, setiap peniaga perlu ada rasa kesabaran yang tinggi di samping memaniskan wajah dengan senyuman. Jika ada sebarang masalah, ia boleh diselesaikan dengan cara diplomasi.
"Bagi menangani masalah tersebut, pihak PLUS juga ada menghantar peniaga untuk mengikuti kursus cara-cara melayan pelanggan. Sedikit sebanyak, ia boleh mendidik kita lebih memahami keadaan pelanggan," terang Johari sambil tangannya pantas menyusun petai untuk digantung di gerainya.
Selain petai, Johari turut menjual buah durian belanda tetapi ia bermusim.
Kosmo Online

Nota Kaki : Aku selalu gak singgah R&R Tapah ni bile setiap kali balik dari Perak, tapi nape tak pernah perasan pun gerai jual petai ni ye..takpe,next month aku balik kg.Kalau aku ingat,aku singgah jenguk gerai ni kat area mane k.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 15, 2011

Today is the day..150511


 Date : 15 May 2011,Sunday
Venue : Level 10, Menara Celcom
Description : Tengah Bekerja
Mood : Suam-suam kuku
 
Selamat berhujung minggu korang...dan masa yang sama,Selamat Pengantin Baru pada si Dia yang bakal menjalani kehidupan baru mulai hari ni...Bak kata si Dia,doakan Dia dan pasangan nye supaya berkekalan hingga ke syurga...So,sweet...Kalu tanye aper perasaan aku skang nih?? Alhamdulillah...dah x meroyan macam dulu lagi
..Lepas je aku memberanikan diri dgn menghantar msg kat Dia (tegar je kan)..trus hilang rase jiwa kacau aku tuh.Lega,puas rase..Rase macam dah hilang segala yang terbuku dalam hati aku ni..tu pun aku saje2 test, sbb takut salah nombor...msg 1st aku utk dia pada hari Jumaat hari tu :
 
Aku : testing testing,ntah betol ke tidak nombor ni ntah
Dia : Isk3..cik pn nurul...betul la ni..
 
Ya Allah...serius aku terkejut okkey...tak sangka Dia simpan lagi nombor aku, x pn maybe Dia still ingat lagi no phone aku.Tak kisah lah,yang penting Dia tau yang aku send msg tu kat Dia.Ngah2 reply msg tu pn,menggigil ye...dup dap je jantung aku..then,lepas dah wish2 bagai,baru la rase lega..Alhamdulillah..aku dah boley lepaskan Dia dari hidup aku...Tu pn Dia  beria sangat nak aku datang wedding dia,bak kata ayuk, motip?? hahah,ntah lah.Yang pasti jawapan yang aku bagi,
sori la..keje... Ingat kn dah kuat jawapan aku tuh,rupe2 nye tak.Siap Dia ckp,
kalu macam tu datang la kte punye majlis kt Jelai 22hb nnt.. Aku plak yang tnye soklan ayuk tu utk diri aku,
Motippp??? Adess,mmg niat aku nak pegi uma dia kalau2 aku cuti.Tbe2 teringat mak cakap,
dah kuat sangat ke nak pegi majlis orang tu... tengooookkk,mak aku pn paham aku.Aku je wat2 keras hati kann...Then, disebabkn TL aku sangat2 memahami aku..so aku mmg kene keje pada hari ni & ahad depan..Selamat...hahah..
So dah xde pape lg da..juz nak wish..Selamat menempuh alam baru buat
Noor Ikhson Bin Shukor & Intan Shafiza Binti Shafie.Semoga berkekalan hingga ke akhor hayat..Aminnn....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 14, 2011

Sangat2 Pelik..


Ish ish ish..pelik lah..Mmg betul2 pelik.Korang nak tau x pasal ape?? Kalu aku ckp mesti korang gelak.Pasal Anak Lesung Batu..ha..kn dah gelak.Bukan ape tau korang,masuk hari ni dah dua kali anak lesung batu aku hilang.Pelik tau.Kalu betul ade org masuk uma aku,dlm banyak2 benda nak amik, xkan la anak lesung batu yg diambil nye.betul x?? Yg 1st dulu,anak lesung batu tu besar tau..Mmg bes kalau nak menumbuk.Aku tau la aku ni pelupa,tapi aku rase xde la smpai nk terbuang anak lesung tu.Puas aku carik x jumpe.Last2 aku ckp,xpelah..Mungkin betul kot aku dah terbuang.So ble balik kg,aku ckp kat mak aku,mak aku bagi anak lesung spare.naseb bek ade.tp kecik ckit la dr yang dlu.So kali ni,pg td bile aku menumbuk cili padi,baru aku sedar yg anak lesung tu xde.abes satu rumah aku crik.tp still xde.aku ingt lagi last aku gune b4 balik kg.mmg aku ingt,aku letak elok je skali ngan lesung dia.tup tup hari,dah xde.mane la aku tak pelik..sgt2 x munasabah okkey...smpai skang aku dok pk mane la anak lesung aku tu.musykil2...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 13, 2011

Lagi Wanita Disimbah Cecair

KUALA LUMPUR: Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.

"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, hari ini.

Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Nota Kaki : Makin menjadi2 lah diorang ni..Takut dah aku nak kuar sorang2 lagi.Padan la IJ marah betul kat aku bila aku kata aku nak kuar jalan sorg2.Pagi tadi dia baru bagitau kenapa dia tunggu aku sampai aku masuk lobi,baru dia gerak setiap kali dia hantar aku pegi keje.Rupenye pasal kes ni lah.Hurrmm..sayang jugak dia kat aku kan,hehe..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 12, 2011

Kongsi - Lu Langsi Lu Mati

Adoii..citer Fast 5 pun aku tak sempat nak tgk lagia,dah kuar plak citer Kongsi..Dah lah sememangnye aku tunggu citer nih.Tapi still aku tak dapat nak tengok dalam mase terdekat ni.Jadual keje aku stret smpai ahad keje petang k..so jangan harap la nak tengok wayang dalam dis week.Ni pun ngah tunggu TL aku,bile la dia nak blast schedule untuk next week.Tak sabar nak tau cuti aku next week kena hari ape.So nanti boley la plan nak tgk wayang bile..betul tak?? So pada sesiapa yang terlepas pandang ngan citer nih,meh cini aku nak promote.Pegi la ye beramai2 memenuhkan panggung stat pada hari ini 12/05/2011,sebab kalau ikut pada gezet nye,mmg bes.Tp kalau korg tak nak tengok,sukati korang lah sebab kalau tanye aku,mmg kompem aku nak gi tengok sebab ade Sam..ngeehhh nggeehh ngehhh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday.. Friday.. Saturday.. Sunday is the big day for him.. :(

Thursday already la..Why?? Why?? n Why?? Nape la susah betul aku nk lupekn Dia.Aku rase aku dah buang semua perasaan aku pd dia sejak aku kenal IJ.So nape still lagi aku rase sangat2 sedih bila majlis Dia nk berlangsung pada hari ahad ni..Tuhan..tolongla hambamu ini..Kau jauhkan lah perasaan dari ku..Takkanla aku nk ikut kata Rossa - Ku Menunggu sbb kalau tunggu pn x gune..Dia bukannye nk kt aku dah pun..So, kalau dah tau x gune nak tunggu,tak reti2 lagi ko nk hapuskn Dia dlm ingatan ko huda???sekurang2 nye ko masih ade IJ yg xreti2 nk berputus asa dgn ko..bengap kn aku nih.tp ntah lah,aku pn dah konpius dgn diri aku ni.aku syg IJ tp dlm mase yg same masih tersemat lagi Dia dalam hati aku.cane tuh?? Kalau status Dia single,xpe la jgk..ni dah nk jd laki org da dalam beberapa hari je lagi ni.Boley jd giler kalau aku melayan perasaan aku ni kn??xpe lah,sok pn da nak balik KL.dah nk stat keje dah.nnt2 lupe la balik tu kt dia..ye tak??Doa2 kan aku supaya aku tak wat keje giler ble hari ahad nnt k..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 4, 2011

Fast Five,I like!

Ha...sape follow citer ni?? Msti ramai kn yg minat cter ni.Salah sorg nye termasuk la aku.X sbr okkey nk tggu ngan cter ni.IJ siap warning lg,kalu nk tgk cter ni,kene tgk ngan dia.kalu aku da tgk pn ngan member2 aku,dia sruh teman dia jgk tgk same2.hahah,layankan ajorr..so sape2 yg terlupe,meh aku nk ingtkn yg tayangan nye bermula pd besok 050511.tp stgh panggung mlm ni pn dia dah start tayang kn da..ape lg,moh ler kter..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

I PHONE 4, Interested???

Hurmmm, esok celcom dah nk launch pakej I Phone 4 untuk pelanggan individu.Berminat x???Agak2 kalu korg berminat, dtg la mane2 cawangan celcom @ bluecube celcom yang berhampiran ye.Kalu untuk kaki2 game,mmg sgt2 sesuai la utk korg...tp kalu tnye aku,errmmm belum berminat lg.Nanti kalu kate x berminat nnti,tbe2 meroyan plak nk kn IPhone ni,kate x tetap pendirian plak kn.So,pd sape2 yg mmg ternanti2 ble la celcom nk launch utk IPhone,besok adalah hari nye...Pandai2 korg la nk crik mane cawangan @ bluecube yg dekat dgn korg ye...

Tuesday, May 3, 2011

Am I Shopaholic???

Kalu wan dlm blog dia,dia bgtau yg dia sgt suke cter Devil Wears Prada.Aku plak,aku sgt suke citer Confessions of a Shopaholic.Walu pn dah berkali2 juga ditayangkn di Astro,aku still tgk dr mule smpai la abes.Yg penting hero nye yg dlm cter Grey Anatomy tu,yg jd Derek.Hensem okkay..Kalu aku suke, x brmksud aku ni kategori yg mcm tu.Giler la kalu aku jnis yg mcm tu.Cume kdg2 aku ade trpikir,seronok jugak kn kalu shopping sakan smpai mcm tu.msti rase puas sgt2 walupn ko tau ape impact nye kn? Yg pnting kepuasan.yearghh,ckp psl kepuasan,mmg da lama aku x rase kepuasan yg amat2 dlm diri aku ni.so hr ahad hr tu kn aku ade ckp yg aku window shopping kn?? Hah,xde mknenye window shopping.byk gak la aku berabis hr tu.x abis lg hr tu,aku sambung plak ngan ayuk isn mlm tu.hurmmm,x usah ckp la bape byk aku abes kn..tp kali ni aku berabis pn sumenye utk famili aku.ntah lah,aku pn x tau nape kali ni aku beria sgt nk shopping utk diorg.aku rase mcm lps ni dah x brpeluang je.mcm ni yg terakhir,oppsss!!hurmmm,ntah lah.aku rase je mcm tu, xpk ape pn.tp serius,stakat ni aku rase puas.x kisah la kalu2 aku x ckup bajet pn utk diri aku.yg penting PUAS!! puas bile kte dpt gembirakn org len..walu pn dlm hati ni, x segembira spt yg dipamerkan..so ape lg,jom shopping lg smpai lebam,ngehh ngehh ngehhh..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 1, 2011

Perlu ker mcm tu???

Tbe2 tergerak hati aku nk update blog ni walupn aku tgh penat berwindow shopping dr 11 pg td smpai skarang.tp gigih jgk aku menaip keypad yg kcik ni.xde la crite bes pn..cume nk mnyuarakn pendapat,chopp,bkn pndpt.aku rase lebey pd luahan hati kot..bkn ape,tgh2 aku mnunggu IJ amek aku kt Damai,aku didatangi oleh seorg yg amat2 aku kenal dan yg amat2 aku respek la dia kalu kt opis.mcm biasa soklan yg ditnye,

Dia : betul ke dik,ko da putus??
Aku : aah,kak
Dia : bgs la dik ko putus ngan dia.akk sokong.kalu tidak nmpk ko yg berkerja keras

Wowoowooww..mcm ade yg x kene je nih?? Serius,aku x psti same ade aku sentap bile dia ckp mcm tu @ aku ngah konpius kenyataan apekah itu?? Trus aku trgelak,ble aku sdr mulut org kite xley nk jg,so aku pjuk hati aku balik,aku ckp biar la huda..Tuhan tu lebey mengetahui..walu cane pn aku still nk tekan kn,aku berkerja keras utk diri aku sendiri bkn utk IJ @ bkn utk sape2 pn.Segala masalah yg timpa pd aku,sumenye brpunce dr aku.bkn IJ.sumenye brpunce dr kisah silam aku,bkn IJ okkey.Tuhan bg balasan pd aku tika aku kenal IJ dan mgkin dah ditentukan bhawa dia pn akan menanggung same ats ape balasan yg aku terima..so ckup2 la nk slhkn IJ dlm hal ni okkey..aku x penah pn doakan kwn2 aku supaya korg2 sume x bahagia.aku x penah pn ckp ko x susuai dgn tu,ko x sesuai dgn ni..tp kenape snang2 je korg bley wat ksimpulan yg IJ x layak utk aku?? Aku tau korg concern,tp perlu ke smpai wat kesimpulan sndiri??


Thanks Allah sbb aku dipertemukn kwn yg betul2 memahami aku,walupn aku tau dia sndiri x berkenan ngan IJ,tp dia x penah ckp mcm tu kt aku.she's only 1 my bff.thanks ayuk..aku pn bkn nk tolak ketentuan tuhan..kalu da mmg bkn jodoh aku ngan IJ,aku ttp redha.aku terima.tp aku x phm kenape perlu nk wat andaian yg ko layak ngan org ni,ko x layak ngan org tu..bkn ke tu sume dah ditentukan?puas tau aku pk td,penah ke aku ckp mcm tu kt org lain?? Setahu aku x..tp ntah lah,mgkin ade kot aku trlepas,sbb tu kene kt aku balik.so,xpelah.benda dah jd kn,bkn boley dipatah balik pn.walu cane pn,aku ttp berdoa agr hubungan aku ngan IJ berkekalan hingga ke akhir hayat..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.