me & my lovely family

me & my lovely family

Wednesday, January 9, 2013

Jangan Huda Jangannnnnnn

 Kenapa laaaaa sejak aku off DA seminggu lepas, aku tersangat-sangat
nak makan pau ye??
tak kira lah pau ape pun.Semua jenis pau menari-nari dalam pale otak
aku.Masa aku off DA last week pun, aku tak makan nasik tau.Aku takut
berat aku naik mendadak,aku hanya main cuit-cuit @ 2 3 sudu je makan
makanan berunsurkan tepung macam bihun,kuih.Orang kata,jadi lah nak
lepas kempunan kan...Lagi pun aku sangat2 stress minggu tu disebabkan
SYABAS punya hal.
So stat isnin hari tu, aku mula kan balik DA walaupuan isu air tu tak
setel lagi.Dengar kata, sampai ke Raya Cina baru selesai masalah
tu.Giler kann??Disebabkan itu, aku taknak seksa lagi badan aku untuk
terlibat sama dengan isu air tu.Aku gagahkan jugak untuk teruskan DA
aku ni supaya misi aku nak capai berat 60kg tu berjaya...
Tapi tu la...masuk hari ni, aku dok kepingin nak makan pau la
plak..Sangat-sangat pelik okeehhh.Pagi tadi pun, before nak pegi
keje,aku bukak la tv.N mcm biasa, channel feveret aku, asia food
network tengah tayang makan-makan kat restoran cina yg masakan nye
wajib berunsurkan pork.Aku tak kesah lagi bila pork pork tu dorang
makan.Sekali, chef restoran tu bawak kua kuih pau yang pelbagai rasa
tu kasi host tu makan.Adoiiii, tertelan air liur jap.Ada pau kacang,
pau kastad, pau kaya, n pau pork pork...Sangat-sangat menyelerekan
okehh..Terus aku terbayang-bayang sampai la sekarang.
Kalau nak diikut kan hati, nak je aku kua dari opis pegi kedai kat bus
stop tu gi beli pau kelapa.Tapi ditahan-tahan je ni..Sambil-sambil tu
dok google berapa carb yang ada dalam sebiji pau.Sekali jumpe
daaaaa... +-80gm carb okeeeee...huhuhu,kempunan la akuuuuu
adooiiiiiii....Ya Allah..kuatkanlah aku..teringin gilerrrrr ni...Amin
Amin Ya Rabbalamin...

Friday, January 4, 2013

Air Oh Air...

Tengah seronok-seronok dapat hadiah beday, tetiba teringat umah aku plak.Dah ade air ke blom ntah.Penat la wehhhh.Dah 7 hari dah masuk hari ni umah aku takde air.Aku xde masalah kalau nak mandi,sebab opis aku ade tempat nak mandi.Siap ade water heater lagi.So, xde isu kat situ.Yang membuatkan aku tertekan nya,aku takleh nak masak la..Korang pun tau kan aku tengah dalam induction DA.So,brekfes suma kene prepare dari umah.Ni disebabkan takde air,aku memang dah skip brekfes.Minum air pun kurang..yelah, takut berulang kali ke toilet.Air mana cukup.Sekarang ni aku nak timbang pun takut.Lepas tu selera aku plak dah lain macam.Asik lapar je memanjang.Macam ni rupenye rase kalau kita skip makan kan?hisshhh,lagi la aku tertekan.Plsss air..Tolong lah ade bile aku balik keje nanti.
Ikut pada berita yang aku baca tadi, rata-rata penduduk yang ada gangguan air tu kata, masalah selesai.Harap-harap, umah aku pun same lah ye.Cukup lah 7 hari ni,korang dah bebankan rakyat.Kot ye pun nak berpolitik, jangan lah sampai menyiksa rakyat...Kang tak undi kang..baru tau.

Mode : Frust sebab tak dapat nak capai berat angka 8.stresss!!!


Terima Kasih Cik Ayukkkk

Yeayyy, aku dapat lagi hadiah beday..Kali ni Cik Ayuk plak yang bagi..Nak tau ape dia? 
Jeng jeng jeng....
-
-
-
 
hihi..perfume...walaupun aku tak pernah terpikir pun nak beli perfume Katty Perry nih sebab tak penah bau..tapi disebabkan bau dia tersangat lah manis dan sedap, maka ia akan aku masukkan ke dalam list feveret perfume aku..huhuhu..suka! suka! suka! .Tq ye cik ayuk.Sangat-sangat memahami.Lagipun perfume yang ada skang ni tinggal sikit je lagi nak abes.So, memang sedang-sedang lah kan.Tak pening aku nak mencarik perfume baru,ngeeeee..


Wednesday, January 2, 2013

Doa Ku....

Ya Allah,
Engkau lebih mengetahui,
hari semalam aku menangis kerana kesedihan,
aku kuatkan semangat mendepani kesulitan,
namun air mata ku gagal tertahan,

aku lemah mendepani ujian,
sedangkan Kau uji aku dengan sekecil ujian,
jika di bandingkan dengan orang-orang yang lain.

maafkan aku,Ya Allah.
kuatkan aku menjalani kehidupan ini,
sememangnya cintaku padaMu mengisi segenap ruang hati,
namun adakala hatiku terikut perasaan yang mengapi,
aku terlayan emosi sendiri.

ya Allah,
aku sedar perjuangan ini tidak mudah,
aku perlu kuat hati dan tabah,
kan ku kebalkan tapak kakiku di setiap langkah,
agar onak duri yang mencucuk tidak akan buat aku rebah,
kan ku sirami hatiku dengan hujan taqwa,
agar hati ini ialah hati yang subur dengan redha,
walau sekencang apa pun dugaan melanda,
tiada resah kan ada.
kan ku damaikan jiwa,
dengan doa-doa yang tidak pernah ku lupa,
kerana doa itu senjata,
membentengkan ku dari sebarang lara.

ya Allah,
aku tidak cukup kuat,
anugerahkan aku ketabahan dan keyakinan,
bahawa perjalanan yang berliku ini,
akan berakhir dengan indah.

setiap pengorbanan yang terlaksana,
Allah tidak akan persia,
biarlah manusia berkata apa,
hanya Dia yang mengetahui segala,

cukup bagiku Allah,
tak ku harap simpati pada manusia,
kerana kita adalah insan yang tidak berdaya,
apa yang melebihi jangkauan akal kita,
sudah tidak mampu kita teroka.

sedang Dia memiliki kekuasaan yang maha hebat maha perkasa,
ku berserah padaNya,
hidup matiku hanya untukNya.


"........segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita
dari kami "(Fathir: 34)


Monday, December 31, 2012

Ooohhhh Mama..Aku Mau Kawennnn

Boleh tak kalau nak buat statement berani mati. Senang cakap, kamikaze lahhhh.Statement yang mana, kalau korang dengar pun, takde lah rase nak mati..silap-silap korang akan kata, borrrriiiinggggg!! next statement plssssss.. Haaaa, lebey kurang macam tu lah kan.Aahhhh, boring tak boring, pedulik lah.Blog aku kot.Taknak baca sudah !!

AKU NAK KAWEN LAHHHH

ulang lagi

AKU NAK KAWENNNNNN

ulang lagi sekali

AKU NAAAKKKKK KAWEEEENNNNNNN


Sebab musabab yang aku menggeletik sangat nak kawen adalah..
(aku jumpa dalam blog ni --> klik lagiiii)

#1 Tuntutan agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

 #2 Mengelak daripada zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

 #3 Menjadi lebih bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

 #4 Menimbulkan ketenangan jiwa (Ni Yang Aku Nak Sangat2 Nih!!)

Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

 #5 Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

 #6 Membaiki diri (ni pun samaaaa)

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

 #7 Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

 #8 Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

 #9 Rezeki bertambah (Makin Tak Sabar Akuuuu)

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

#10 Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.


Saturday, December 29, 2012

Dügaan lagi derr..

Adooii la...
Aku rase sangat2 nak marah sebenarnye.tapi tak tau nak marah kat sape..1st,bangun2 je tdo,air xde.ok,fine.aku ley bersabar lagi sbb dah lali dah ngan flat aku ni.Memang suka sangat nak main aci sukat ngan penduduk kat sini.so,aku wat la ape2 yang patut..lagi pun aku memang ngantuk giler.jadi nye,ngah syok2 layan resepi,aku pun tertido..sekali,aku dikejutkn dengan bunyi mcm hujan.aku rase cerah je,nape plak boleh ujan kan.So,aku pun wat bodo je sambung tido balik.Pastu,bila aku terjaga balik,aku gi toilet,tengok air ni macam lama je lg nak ada,aku wat keputusan kua umah sebab nak carik air..sekali turun je bwh pegi ke kete,kete aku dah mcm mandi lumpur oke...kalu setakat sipi2 tu xpe lah jugak.Ni 1 kete..Ya Allah..ngucap pnjang aku.Baru la aku tau dr mana dtgnye bunyi ujan tgh2 panas terik tadi tu.dah satu hal nak gi cuci kete tu plak...tp aku perasan,bkn kete aku je yg kene.Sederet yg paking sama kete aku tu pun kena gak.So benda dah jadi..aku tak leh nak ckp ape..redha je la..dah ujung2 bulan macam ni,memang agak tekanan bagi aku.N sekarang aku sedang menguragkan tekanan aku di Carrefour..jadi lah dpt cuci2 mata..tapi dalam hati ni,tuhan je yang tau..oke,aku sambung balik jalan2 aku.Darrr


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 26, 2012

YeeeHaaaaa....

Yeaaayyyy!!
YeaaAyyyy Lagiiiii
YeayyYYYY lagi..last!!
Alangkah bagusnye ini adalah aku..


Oke, dah abis dah yeeaaayyy aku.Happy kan aku hari nih?? Salah ke ?? Tak salah kan..aku pun berhak nak gembira kan..walaupun sekejap.At least lupa sekejap masalah2 aku..So, nak tahu kenapa aku happy sangat sangat sangat ni??Jeng Jeng Jeng...berat aku hari ni dah cecah 90.9kg...Ya Allah..hepi nye aku pagi tadi..Tapi 90.9k tu pun kene berjaga2 tu..tersilap makan sikit,jadi 91kg balik.Isshhhh, takmo2.Lagipun mane la aku tak hepi..selama ni aku makan minum ubat diet bagai, balik-balik berat aku 98,96,95.Pastu naik balik 97, 98.Tensen tak?So aku stop segala ubat n stay je dengan DA.Aku tau..penurunan aku ni agak lambat jika nak dibandingkan dengan pengamal2 DA yang lain.Tapi aku tak kisah..sebab memang salah aku pun sebab pandai main aci ngelat dalam makan2 ni.Tapi aku bersyukur sebab masih lagi berpeluang untuk merasa berat badan ni turun..Syukur alhamdulillah..Yang tak bes nye plak..tadi cek2 kat toilet, Red Flag pulak dah...Adoiii,risaunye la kalau tak dapat capai target nak berat 89kg pada 31.12.12 ni..sebab artikel yang aku dapat dr sini --> klik lagiii kalu time red flag, berat akan statik.Huhuhu...xpe lahhhh, redha je la nanti time timbang tu kan.Slow2 je macam biasa, so nanti xde la stress.Yang penting ade penurunan..oke,aku chow dlu.Darrrrr