Kenapa laaaaa sejak aku off DA seminggu lepas, aku tersangat-sangat
nak makan pau ye??
tak kira lah pau ape pun.Semua jenis pau menari-nari dalam pale otak
aku.Masa aku off DA last week pun, aku tak makan nasik tau.Aku takut
berat aku naik mendadak,aku hanya main cuit-cuit @ 2 3 sudu je makan
makanan berunsurkan tepung macam bihun,kuih.Orang kata,jadi lah nak
lepas kempunan kan...Lagi pun aku sangat2 stress minggu tu disebabkan
SYABAS punya hal.
So stat isnin hari tu, aku mula kan balik DA walaupuan isu air tu tak
setel lagi.Dengar kata, sampai ke Raya Cina baru selesai masalah
tu.Giler kann??Disebabkan itu, aku taknak seksa lagi badan aku untuk
terlibat sama dengan isu air tu.Aku gagahkan jugak untuk teruskan DA
aku ni supaya misi aku nak capai berat 60kg tu berjaya...
Tapi tu la...masuk hari ni, aku dok kepingin nak makan pau la
plak..Sangat-sangat pelik okeehhh.Pagi tadi pun, before nak pegi
keje,aku bukak la tv.N mcm biasa, channel feveret aku, asia food
network tengah tayang makan-makan kat restoran cina yg masakan nye
wajib berunsurkan pork.Aku tak kesah lagi bila pork pork tu dorang
makan.Sekali, chef restoran tu bawak kua kuih pau yang pelbagai rasa
tu kasi host tu makan.Adoiiii, tertelan air liur jap.Ada pau kacang,
pau kastad, pau kaya, n pau pork pork...Sangat-sangat menyelerekan
okehh..Terus aku terbayang-bayang sampai la sekarang.
Kalau nak diikut kan hati, nak je aku kua dari opis pegi kedai kat bus
stop tu gi beli pau kelapa.Tapi ditahan-tahan je ni..Sambil-sambil tu
dok google berapa carb yang ada dalam sebiji pau.Sekali jumpe
daaaaa... +-80gm carb okeeeee...huhuhu,kempunan la akuuuuu
adooiiiiiii....Ya Allah..kuatkanlah aku..teringin gilerrrrr ni...Amin
Amin Ya Rabbalamin...
No comments:
Post a Comment