me & my lovely family

me & my lovely family

Monday, January 27, 2014

Titik Pusat Al-Quran

Alhamdulillah..

Bacaan Al-Quran saya dah sampai sini :)


Nisf Al-Qur’an bermakna tanda pertengahan Al-Quran

Terdapat pada surat Al-Kahfi ayat 19 pada lafaz "walyatalattaf "

yang ertinya: “hendaklah ia berlaku lemah lembut”.

Sunday, January 26, 2014

Doa Mengelak Perkelahian Suami Isteri

Aku rasa (rasanya bukan rasa lagi dah.wajib sepatutnya), tunjang utama dalam membina kebahagiaan rumahtangga adalah SABAR.Apa masalah yang datang,dugaan yang menimpa, kita tetap kena ber SABAR..Inshaa Allah, ada hikmahnya...

So korang, macam biasa..

Sharing Is Caring...................................


Saturday, January 25, 2014

Tanda-Tanda Waqaf

Ya Allah..lepas isyak malam tadi, sampai gak aku ke juzuk 15.Syukur, alhamdulillah..Tapi asik-asik lupa je ngan tanda-tanda waqaf.Yang tau cume kalau ada bulat kat ujung ayat tu, memang kene berenti la tu.Teruk kan aku nih.Mak Abah anta aku gi sekolah agama, anta masuk hostel lagi., tapi bila dah besar, dah bercampur dengan dunia luar, boleh dikira bape kali je aku baca quran.

Khatam quran??Masyaallah...yang aku ingat, masa aku dok kat Flat Jalan Kuching tu sekali & masa dok hostel time bulan pose..Budak-budak hostel kalau time pose kan memang akan ada tilawah al-quran kan...So, time tu je lah yang aku ingat,aku khatam quran.Sejak dari tu, hanya Allah je lah tau bape kali je aku sentuh kitab suci tu..

Oke, lupakan kisah lama dan teruskan dengan kisah baru...Alhamdulillah,amalan membaca al-quran tu aku dah jadikan amalan wajib bagi aku.Tak sempat macam mana pun, sekurang-kurang nya dapat baca satu muka surat pun jadilah.Pahala besar dah dapat dari situ.Disebabkan itu, aku nak refresh balik tanda-tanda waqaf dalam kitab al-quran, jadi aku paste kan info tanda waqaf tu kat sini..

Sharing is Caring...


Friday, January 24, 2014

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR

Sharing is caring.....


Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu : 

1. Sebelum khatam al-Quran 

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat 

3. Sebelum para muslimin meridhai engkau 

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah 


“ Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“ 

Rasul tersenyum dan bersabda : 
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “ 

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x ) 

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar" ( 3x ) 

Monday, January 20, 2014

JANA INCOME RM100 SEHARI TANPA MODAL

Assalamualaikum,

Ada ilmu tak salahkan kalau nak share..

Sesiapa berminat, boleh diteruskan.Siapa tak berminat,sila duduk diam-diam ye..


"Wahai rakan-rakan ku sekalian drpd berfacebook tak dpt hasil,baik

berfacebook yang dpt hasil.Saya nak berkongsi

1 program dari US yang boleh buat income

sampingan.Free register tiada apa2 bayaran

dikenakan.Tiada tipu muslihat ( kalau anda

rasa program ni menipu..anda tak rugi apa2

pun..anda tak keluar modal pun kan?) tak

perlu cari org , tak perlu beli or jual barang.

Syarat kelayakan:

Anda ada facebook dan tahu guna komputer
sikit2.
Anda hanya perlu open link dibawah dan
register sebagai member.
Lepas register anda
terus dapat 25 usd x 3.4 = rm85.00.
Lepas tu
anda akan dapat link anda sendiri.
Apa lagi
anda copy link anda sendiri dan copy ayat2
saya ni dan paste dkt facebook, Twitter dan
sebagainya.S
etiap org yang buka link anda,
anda akan terima ganjaran sebanyak 10 usd x
3.4= rm 34.00
Mudah kan? Duit anda boleh pilih, samada
duit masuk ke akaun bank atau cek akan di
pos ke alamat rumah anda.register percuma
sila ke link ni



Sunday, January 19, 2014

Rezeki Itu Allah Yang Tentukan....

Dulu sebelum kawen, dok sibuk menanya,
'Bila nak kawen, huda??'
'Da, aku dah lepas, ko bile lagi nih?
'Huda...bila nak makan nasi minyak ko ni..'
Tu la dia soklan-soklan cepu emas yang  selalu ditanya bila umur meningkat dari taun ke taun selagi status masih single....

Skang ni, bila dah kawen,
'Takde isi lagi ke Da...'
'Ko plan ke huda?tak kan takde isi lagi??'
'Cane huda, takde berita gembira lagi ke?Kawan-kawan seangkatan semua dah update ada isi dah'

Ish, ish, ish manusia....
Tak pernah tak sibuk nak tahu hal orang kan?
Jodoh & Rezeki tu, Allah yang tentukan..
Cepat dan lambat je..




Warkah Buat Suami

 
Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu

Nota Kaki : Kalau lah En Suami ada facebook ke twitter ke..memang dah share dah ni..Peringatan untuk diri sendiri, biar lah kita jadi isteri yang terbaik buat suami walaupun dia bukan suami yang terbaik untuk kita...

Sumber : Klik Sini

Entri Hujung Minggu..

Hari ni hari minggu.Wa kene keje la beb!! (cam tak biasa plak ye keje hari minggu)
Takde ape cerita bes.Cuma nak update entri yang dah basi ni jer..
Ujung bulan 12 ritu. department aku ada buat exchange gift..Macam biasa..itu adalah aktiviti tahunan department kitorang.Tema pun sama, masih tema Western.Cuma tahun ni, aku tak dapat nak update picture macam taun2 lepas..henpon xde beb! So, menumpang henpon kawan-kawan je la..

Pastu, untuk hadiah plak, memang dah ditetapkan RM30 dan ke atas..
Alhamdulillah..masih lagi dalam bajet aku waktu tu .kebetulan plak, bila dah cabut undi bagai, dapat plak Usha ka..yang sememangnye dia tengah cuti lama sebab terjatuh masa Deepavali ritu..
Jadi, postponed la aku beli hadiah dia..Walaupun postponed, pening gak la aku nak carik hadiah dia.Sudahnya , aku ada jumpa bantal serbaguna dekat Teddy Tales,harga pun lebey kurang sama ngan bajet nye, jadi itulah hadiah aku beli untuk Usha kaaa...

Untuk aku plak, sebelum majlis exchange gift tu, aku dah tau dah sape dapat aku.Bukan aku yang beria nak tau sape yang bagi kat aku ye..Tapi tuan yang nak bagi tu, dia pening tak nak bagi aku ape.
Sudahnye, dia suruh ayuk col aku tanye aku nak ape.Giler kentang betul dia tuh.Dah lah tanya aku nak ape, & aku pun dah cakap nak ape.Siap cakap lagi, JANGAN BELI MAHAL-MAHAL!! 

Sekali...


Tu dia...Stand Mixer yang dia bagi kat aku...Memang benda alah tu ada dalam senarai aku untuk aku beli dalam tahun 2014 ni.Alhamdulillah, dah dapat siap-siap..TQ zet..

Haaa..yang purse tu aku dapat dari Ayuk.Tu hadiah harijadi aku.Dia belikan purse sebab dia tengok makin rabak purse yang aku ada skang ni..Terima kasih ye Cik Ayuk.....

Dan..masuk tahun ni, genap 3 tahun dah laptop aku ni a.k.a laptop dari adik aku ni berkhidmat untuk aku..Alhamdulillah..dia sangat-sangat baik dengan aku..Masih lagi berfungsi untuk aku update blog aku ni..sayang dia banyak-banyak...


Thursday, January 16, 2014

Maafkan Saya.....

Selain famili,suami dan kawan-kawan, saya cuma ada blog ni jer.Blog ni je lah tempat saya nak mengadu segala masalah saya.Saya tak kan update kat Facebook ke Twitter ke Instagram ke mengenai masalah saya.Sebab bagi saya,tak semua masalah boleh dikongsi bersama.Jadi, disini je lah tempat saya melepaskan segala isi hati saya & pada Allah je saya bertawakal segalanya.Blog ni pun saya tak dipertontonkan dikhalayak ramai, cuma kalau-kalau ada artikel yang perlu dikongsi bersama, baru saya akan share di Facebook @ Twitter saya.

Oleh kerana saya hanya bercerita didalam blog ni, tak semua rakan-rakan saya tau masalah saya.Saya nak bercerita dengan kawan-kawan saya??Memang tak lah..Macam saya cakap tadi, tak semua masalah kita boleh share dengan kawan-kawan kita.Nak pulak melibatkan hal rumah tangga.Lagipun mak saya dah pesan,
"Hal umah tangga,jangan cerita kat orang ye Nor.."
So, saya pegang kata-kata tu.Tapi ada jugak lah yang terlepas sikit..Mungkin waktu tu dah tak tahan sangat & saya pun lupa pada Dia Yang Maha Kuasa kat atas tu.Sekarang ni, alhamdulillah..saya dah mula bergantung sepenuhnya pada Dia..dan alhamdulillah, saya dah boleh untuk menahan diri saya dari mengaibkan diri saya bersama-sama suami saya...

Famili??Saya ketepikan famili saya??Dengan nama Allah,saya tak berniat nak ketepikan famili kesayangan saya.Memang pada mulanya,saya akui, saya merasakan yang tiada siapa nak endah pada saya lagi.Yelah..kehidupan saya dah tak macam dulu.Senang kata, dah makin susah..banyak timbulkan masalah.Dah tu, susahkan mak abah lagi..Serius, tu yang saya rasa bila saya lupa pada Dia Yang Maha Hebat pada ketika itu.Tetapi..bila saya dah balik semula pada Dia,alhamdulillah saya dah mula jumpa ketenangan yang saya cari & saya dah mula rasa bersalah pada keluarga saya dengan beranggapan, 
"Kejamnye aku Ya Allah,menuduh mereka sebegitu..."
Sejak hari itu, saya terus berpendirian,
"Dah lah huda..terlalu banyak kau susahkan mak abah kau dalam tempoh beberapa bulan ni je.Cukuplah tu.Berhenti dari buat mereka susah hati lagi"

Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk tidak bercerita apa sahaja masalah saya pada mak, abah, adik-adik dengan niat saya taknak mereka risau pasal saya.Saya taknak mak abah saya sakit sebab risaukan pasal saya.Bukan sebab saya nak dulukan kawan-kawan ataupun orang luar yang lain.Sebab saya memang tak cerita pun masalah saya pada orang lain..Hanya pada blog ni je lah saya catatkan segala masalah saya.Tu pun tak semua.Blog saya dah seperti diari saya.Jadi,menjadi kesalahan jugak ke saya ceritakan masalah saya dalam blog saya??Kalau menjadi kesalahan, saya mintak maaf...Saya mintak maaf sekiranya cara saya ni,membuatkan ada pihak dah salah faham dengan mengganggap saya ketepikan keluarga saya..

"Pada mak, abah..Nor mintak maaf..Nor taknak mak risau pasal nor.Nor taknak tambah lagi masalah yang nor dah bagi pada mak abah selama ni.Tu niat nor..sungguh..Maafkan Nor mak,kalau mak rasa nor ketepikan mak.."


Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul...


Salam maulidur rasul semua...

Alhamdulillah, hari ni saya kene keje

Yang tak bes nye, sepatut nye hari ni saya cuti.Saya dah apply cuti untuk hari ni sejak bulan lepas lagi.

Disebabkan ada training, cuti saya & beberapa rakan saya telah ditarik balik sebab nak cover floor..

Sedey, sebab hari ni juga, adalah hari lahir suami saya..

Dia kecik hati ngan saya..huhu..

Maafkan saya En Suami..saya  bukan sengaja..



Sunday, January 12, 2014

Hasrat Yang Tertangguh..

Finally..setelah sekian lama aku beli voucher GCMB kat MyDeal tu sejak bulan August 2013, maka 09.01.14 baru aku guna sepenuhnya..
Setiap bulan aku col GCMB mintak postponed, alhamdulillah..sampai gak aku ngan En Suami kat sana.
Puas pikir, nak naik ape lah kitorang ni..yela, kete kan still kat workshop lagi.Si Belang plak, baru pas eksiden hari tu kan..
Ingat nak naek bas jer, tapi En Suami kata, kita tawakal je nek Si Belang gi sana.
So pagi Khamis tu, punye la bangun awal, ngan niat, nanti kitorang nak gerak kul 10pagi.Sudahnye, kul 12pm baru kitorang gerak.Panas hati jugak aku time tu ngan En Suami,geram!! Risau la..dah lah tak penah gi sana.Nak nek belang plak tu.Mane la tau tetiba ujan lebat plak, dah buang masa kat jalan nanti..
Sudah nye, dari kul 12pm kitorang gerak, dalam pukul 2pm kitorang dah sampai lepas dari Pekan Banting.Masing-masing lapar, so kitorang benti jap kat warung tepi jalan berdekatan ngan Petronas.Kebetulan, hari dah rintik.Elok je kitorang paking Si Belang, ujan pun turun ngan lebat nye..
Duduk lah kami berdua kat warung tu sambil lunch..Kitorang makan nasik campur je kat ctu.Alhamdulillah, kenyang kami.Makanan dia pun not bad lah..lagi pun bukan kitorang je kat ctu,ade 2 orang abg posmen ngah menunggu ujan berenti..
Elok je dalam kul 2.30ptg, ujan pun berenti.Kitorang pun ape lagi, terus sambung perjalanan..Lebih kurang jam 2.40ptg, sampai pun kitorang kat Gold Coast Morib Banting..
Sampai je sane, dekat kaunter check in tu, xde orang pun..Mungkin orang-orang lain dah check in awal agak nye..So, kitorang pn terus pegi ke bilik kami..Dan bermulalah percutian singkat kami 2hari 1malam di Gold Coast Morib Banting...

Day 1



Day 2





Ni tempat lain.Disebabkan kecik hati tak dapat nak snap pic bila time check out, En Suami bawak gi Tanjung Harapan, Port Klang je...jadi lah..



Itulah cerita percutian singkat kami..
Sebenarnye, lepas dari balik Tanjung Harapan tu, ada cerita x best jadi.Yang tu aku citer len kali lah ye.Dalam entri yang ni, biar cerita best je,yang tak best, aku masuk dalam entri berikut nye.
Oklah, Darrr

Wednesday, January 8, 2014

TV SOLD OUT...

Sedey..TV dah kena jual..Huhuhu..

Orang yang beli TV aku tu nak beli TV tu untuk anak dia main PS2 okeh..Beruntung nye lah anak-anak dia dapat bapak macam tu kan

So aku pujuk diri aku,

'Takpe huda..nanti lepas ni kita beli lagi besar & lagi canggih k...."


Sunday, January 5, 2014

Jual TV..

Semalam aku baru advertise kat Mudah.My pasal tv aku.Sekali pagi ni, aku tengok pool phone opis aku (aku gune phone phone opis sebab aku dah xde phone..) penuh ngan msg tnye pasal tv tu available lagi ke tak?

Huhu..sebenar-benarnye, jauh dalam hati aku ni, berat sangat nak jual TV tu.Sayang sangat-sangat..Ada kenangan waktu beli TV tu hari tu.

Tapi, keadaan sekarang, terpaksa membuat kan aku untuk menjual segala barang-barang yang aku ada untuk menampung semua masalah keewangan yang tengah aku hadap skang ni.Aku memang dah pikir pun..harta boleh dicari..So, nanti bila dah stabil nanti, aku beli la lain.Silap-silap aku beli lagi besar lagi kan..
Jadi..aku rasa xpelah.Aku letgo je lah.Lagi pun astro aku pun dah xde sejak raya haji hari tu lagi.Sian kan?
TV tu aku buat sambung ngan laptop je, besar screen sikit tengak muvi.

So lepas ni, kalau aku dah jual tv ni,xde lagi dah skrin besar.Skrin laptop ni je la yang aku hadap je nanti..
Oleh itu, sape2 yang berminat nak beli tv aku, boleh la roger2 aku ye..

Saturday, January 4, 2014

TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA


~Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI..

Sumber : klik sini

Two Zero One Four


2nd Januari 2014..pembukaan tahun baru yang tak berapa nak baik bagi aku.Mana tak nye, lebih kurang dalam jam 3.30ptg, aku ngan En Suami otw nak ke Taman Melati.Jalan plak memang agak jammed,so xde lah bawak laju pun.En Suami memang bawak slow je moto dia tu.Kalau laju, memang aku dah cubit-cubit pinggang dia dah time tu.Tapi memang slow tau.

Jadi ada lah hamba allah ni..pemilik kete MyV je pun kaler putih.Tetiba plak dia dari lorong kiri masuk ke lorong kanan tanpa tengok side mirror kot ,terus kua & yg paling bes, dia pegi plak brake lepas da terjah masuk lorong kitorg tu.Dah tu memang kene la kitorg sondol kete dia.Tergolek kami laki bini kat tengah2 jalan tu k..Alhamdulillah, kami masih selamat.Cuma luka la banyak..teruk pulak tu.En Suami la kesian..si belang pun rosak teruk.

Yang paling geram nye, boleh tuan punye kete tu kata dia tak salah.Pastu blah macam tu jer.Aku ngan en suami dah tak pikir ape dah time tu.Yg penting ktorng selamat.Ramai jugak lah yang tolong kami time tu.Ramai saksi...pastu dorang pun cakap kitorang tak salah..Terima kasih sangat-sangat pada abg kancil ijau,uncle moto ex5,pastu datang sorg abg nek lori.Dia datang kat kitorg bg no plate kete MyV tu.Dia cakap dia nampak mmg salah MYV tu n dia pun dah tahan kete tu kat dpn.Cuma tuan kete tu xnak kua dari kete & jenguk kami pun.Teruk kan?Dia cakap dia tak salah..Hurmm..biar je lah.Biar Allah je la yang membalasnye k..

So hari ni dah hari ke 2 lepas kejadian.Moto teruk..nak repair tak cukup duit.En Suami plak dari malam tadi dok mengerang sakit.Kaki dia tegang katanye.Ajak gi hospital xnak plak...Yang aku ni, menahan je la sakit...Pedih memang pedih.Mana tak nye..tak penah-penah aku excident sampai luka-luka macam ni..So, kali ni merasa la aku..

Terdetik gak nak col famili aku kt kg.Tapi bila aku pk, aku dah selalu sangat bagi dorang risau, so aku taknak tambah lagi kerisauan dorang tu.Jadi aku dok je la diam-diam..menahan sakit..walupun dalam hati aku, aku teringin sangat nak mengadu kat mak aku..sedey, sebab selama ni,pape je jd kat aku, mesti je aku share ngan mak.tapi sekarang tak..

Tetiba, petang semalam, adik aku yg kat sabah tu col..tanye khabar..terubat sikit kekecewaan di hati aku..walaupun dalam hati, segan nye la aku ngan dia.Adik yang tak penah jemu bantu aku, sampai kan aku dah tak mampu nak balas segala kebaikan dia..

"Tetapi mak abah..nor kan dah pesan, selagi nor mampu nak hadapi semua masalah ni sendiri, nor tak kan ngadu kat mak ngan abah k..mak kena bangga, kekuatan yang ada pada nor ni, semua nya datang dari mak.nor belajar dari mak tau.Jadi, walaupun hati nor sedih,nor masih dapat bertahan sebab mak yang ajar....terima kasih mak..."