me & my lovely family

me & my lovely family

Monday, December 30, 2013

Ratu Syahadah..Siti Asiah

Tengah-tengah layan facebook tadi, ada terbaca pasal Ratu Syahadah, Siti Asiah isteri kepada Firaun..
So, google jap..aku jumpa info ni.Buat tatapan & peringatan untuk aku serta rakan-rakan sekalian...
Semoga aku diberikan kekuatan & ketabahan sehebat beliau..
Inshaa Allah...


Di Mesir terdapat sebuah keluarga Imran yang amat dihormati.Imran mempunyai puteri bernama Asiah di mana ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.Kisah Asiah ini sampai ke telinga Firaun lalu Firaun ingin memperisterikan Asiah ini.Namun hajat Firaun itu ditolak oleh Asiah hingga menyebabkan ibu bapanya diseksa dengan kejam oleh Firaun.

Setelah kedua orang tuanya diseksa,maka hari itu juga Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah sampai di istana ia tidak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya...

Maka setelah Siti Asiah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata: "Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."

Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:
1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.
2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya
3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.
4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.


Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan memerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.
Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.


Ibnu Athir berkata, "Asiah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.

Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'


Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."


Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."

Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."


Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.


Ketika Asiah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:


"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."


(Surah At-Tahrim (66):11)


Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mati!"



Sumber :klik sini..


Wednesday, December 25, 2013

SEGALANYA PERASAAN ITU INDAH


Really miss this moment

¤ Rindu itu indah jika kerana bila kerinduan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang dirindu.

¤ Gembira itu indah jika kerana bila kegembiraan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang menggembirakan.

¤ Sedih itu indah jika kerana bila kesedihan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyedihkan.

¤ Bosan itu indah jika kerana bila kebosanan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membosankan.

¤ Sibuk itu indah jika kerana bila kesibukkan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang disibukkan.

¤ Sakit itu indah jika kerana bila kesakitan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan.

¤ Benci itu indah jika kerana bila kebencian itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang dibenci.

¤ Derita itu indah jika kerana jika bila penderitaan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menderitakan.

¤ Oleh itu niatkanlah segala perasaan hanya untuk ALLAH untuk mendapat keredhaanNYA. 

Klik ler Sini

Monday, December 23, 2013

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah
( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya
( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup"
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi.
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim.
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

Tapi saya share dari sini....

Friday, December 20, 2013

Allah Tidak Jemu, Usah Kita Pula Yang Tidak Sudi


“Jikalau seorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu dia merayu: “Ya Allah, ampunilah dosaku!” Maka berfirmanlah Allah: Hamba-Ku melakukan sesuatu dosa lalu dia meyakini bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu.”

Kemudian apabila hamba itu mengulangi dosa itu lagi, lalu dia merayu: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku! Maka Allah berfirman: “Hamba-Ku melakukan dosa lagi namun dia tetap yakin bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu.”

Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi kemudiannya merayu: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku! Maka Allah berfirman: “Hamba-Ku berbuat dosa lagi tetapi dia yakin bahawa dia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu. Aku tetap mengampuni dosa hamba-Ku itu. Lakukanlah apa-apa sahaja (Allah tetap tidak jemu mengampuni dosanya setiap kali dia bertaubat)!”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Rumahtangga Bahagia Selamanya - 

Tak Kan Tak Mahu



Tawaran ganjaran daripada Allah cukup banyak. Kerjanya mudah, pulangannya mewah. Tiada risiko kerugian. Satu-satunya kerugian ialah kerugian kerana tidak mengambil tawaran Allah s.w.t. tersebut!

1.Tak kan tak mahu….dekat dengan Allah?
“Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu).” (Riwayat Muslim)

2.Tak kan tak mahu…berada dalam penjagaan Allah?
“Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah.” (Riwayat Muslim)

3.Tak kan tak mahu…dosa diampunkan sekalipun tidak terkira banyaknya?
“Sesiapa yang mengucapkan ‘subhanallah wa bihamdihi’ setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil) sekalipun sebanyak buih i lautan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

4.Tak kan tak mahu…doa dimakbulkan ?
“Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat berdoa: “Semoga bagimu yang seumpama itu.” (Riwayat Muslim)

5.Tak kan tak mahu…Allah berselawat untuk kita?
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali.” (Riwayat Muslim)

6.Tak kan tak mahu…dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
“Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan untuknya jalan menuju ke syurga.” (Riwayat Muslim)

7.Tak kan tak mahu…dibina untukmu rumah di dalam syurga?
“Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat selain solat fardhu setiap hari melainkan Allah bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.” (Riwayat Muslim)

8.Tak kan tak mahu…pahala berqiamullail sepanjang malam?
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah seolah-olah dia berqiamullai sepanjang malam.” (Riwayat Muslim)

9.Tak kan tak mahu…pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
“Orang yang menanggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti seorang yang berjihad fi sabilillah, berqiamullail tidak henti-henti dan berpuasa tanpa berbuka.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

10.Tak kan tak mahu…pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia?
Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
“Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga; sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Dipetik dari : Klik Sini

Saturday, December 14, 2013

MISSUOLLSDAMNSOMUCH...

Seriously..

I am really super duper MISS my family..

uhuk uhuk uhuk...


MISS them so much!!!

Sunday, December 8, 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

Adoiii..dah 8hb, baru teringat nak update..


Happy Beday To Me
Happy Beday To Me
Hepi Beday To Meeee
Hepi Beday To Me.............

Tadaaaa..bak kata kak jue, welcome to 3 series
Dah ada value katenye..
TQ to Ayuk (sememangnye aku tau dia lah MasterMind nye), Kak Jue, Ija,Devika, Ieka & Kak Jaja Syikkin..Tq sangat2...
Bak kata ayuk, at least aku tau, aku still ada kawan-kawan
Tq so much friend..
Terlalu banyak dah aku makan budi korang
Pada adik aku Wan..dia pun sama tak jemu-jemu bantu aku walaupun dia pun tengah susah
Terima Kasih lagi sekali kalian semua
Doakan aku yang terbaik supaya aku dapat membalas jasa kalian semua..
 

ADIK SAYA CAKAP KALAU NAK TUHAN TOLONG KITA,KITA KENA BERUBAH...



1) Menjaga Wuduk

2) Tahajud Dan Witir

3) Solat Berjemaah

4) Tadabur Al Quran

5) Puasa Isnin & Khamis

6)Membuka Rezeki Dengan Solat Dhuha

7) Sedekah

Kesemua amalan-amalan tersebut adalah amalan sunnah yang akan membawa keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan.
Aku ngah cuba untuk praktik kan..Alhamdulillah,sikit demi sedikit aku dapat praktikkannya dalam kehidupan harian aku.
Dan aku akui, aku dah mula rasa ketenangan.Tak dinafikan jugak keserabutan tu masih ada..Tapi, aku dapat rasakan ada perbezaan bagaimana aku yang dulu dengan aku yang sekarang.
Alhamdulillah, Ya Allah..Kau masih memberi aku peluang untuk merasai nikmat sebegini lagi..
Mudah-Muadahan aku tidak lagi tergelincir seperti dahulu..


Friday, December 6, 2013

.....B.L.A.N.K......

Ya Allah...aku dah tak mampu nak senyum..aku dah tak mampu nak sembunyikan kesedihan aku ni lagi...aku dah susahkan semua orang.Aku dah susahkan orang opis aku..aku dah susahkan mak aku..aku dah susahkan adik aku..aku dah susahkan semua kawan-kawan aku.Semuanya berpunca dari aku.Ya!! Semua salah aku!!Kalau aku tak ikutkan kehendak hati aku, aku tak akan hadap semua masalah ni.Dan ini bukan lah aku yang sebenar...Ya Allah,aku buntu....

Monday, November 25, 2013

Doaku Untuk Mu..

 
Ya Allah, 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin...
 
Mak..Abah..sayang kalian berdua...
 
 
Sumber : Klik Sini 

Belajar Belajar & Belajar....



Sunday, November 24, 2013

Hanya Ini Yang Ku Mampu...

Aku rindu mak aku
Aku rindu abah aku
Aku rindu adik-adik aku
Aku nak sangat balik kampung jumpa famili aku
Tapi keadaan sekarang tak membenarkan aku nak jumpa famili-famili aku..
Bukan bererti suami aku tak benarkan aku balik kampung..
Dia tak pernah larang pun..
Tetapi keadaan kitorang yang memang tak membenarkan kitorang nak buat apa pun..
Sedangkan keluarga mertua yang kat Port Klang tu pun, aku tak jengah tengok dorang,ni pulak famili aku yang kat Perak tu kan..
Sampaikan aku rasa, adik-adik & kawan-kawan aku pun mula dah jauhkan diri dari aku..
Teruk betul aku ni kan?
Maafkan aku kalian, jika aku tersalah tafsiran..

"Mak, Abah..Nor mintak maaf..hanya doa je yang mampu Nor hulurkan buat masa ni.Doakan Nor dan suami baik-baik & dipermudahkan segala urusan ye..Bagi kami peluang untuk bangkit & pulihkan semula keadaan..."


" Berjalan dan terus berjalan, dan terus berjalan, dan terus berjalan.... 
http://www.jobdirumah.com/boboocute "

Sunday, November 10, 2013

Ya Hanana

Satu lagi video yang aku tak jemu-jemu nak tengok & lagu yang aku tak jemu-jemu nak dengar..
Layannnn k...



Demi Cinta Suci..

Tetiba rasa nak layan lagu ni plak malam-malam macam ni..
pe lagi..layannnn jom!!


Pernah hatiku luka pedih 
Kerana dicalari cinta penuh duri 
Lemas aku dalam dilema 
Kata janji manis sungguh tak bermakna 

C/O : 
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih 
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami 
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa 
Kau sebutir pasir tak berharga 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci 
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri 
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya 
Menyubur iman di dalam jiwa 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 
Demi cinta hakiki 
Ku sanggup redahi apa yang terjadi 

Apalah erti cinta suci 
Andai janji-janji sering dimungkiri 
Apalah erti cinta murni 
Andai kata-kata sering didustai

" Berjalan dan terus berjalan, dan terus berjalan, dan terus berjalan.... 
http://www.jobdirumah.com/boboocute "

Monday, November 4, 2013

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Sumber : klik sini

" Berjalan dan terus berjalan, dan terus berjalan, dan terus berjalan.... 
http://www.jobdirumah.com/boboocute "

Saturday, November 2, 2013

Al Haq...Yang Satu

Lately suka dengar lagu ni..dengar banyak-banyak kali pun tak pe.Banyak pengajaran lagu ni tau.Ape lagi..layanzzzz



(AC Mizal)
Ya Allah berikanlah daku petunjuk,
Agar bisaku meneruskan hidupku,
Agar bisaku berjalan di jalan yang lurus,
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya ku pernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa, Dibawa dosa pahala,
Hidup di dunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

(Mawi)
Ku bersujud padamu, Berdoa pada yang satu,
Pada Mu aku mengadu, Allah yang satu,
Mohon petunjuk dari Mu, Berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah, Ya Allah,
Ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah, Ya Allah,
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata-kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Di padang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa
gelora didalam dilema menanggung derita.

(Mawi)
Ku bersujud padamu, Berdoa pada yang satu,
Pada Mu aku mengadu, Allah yang satu,
Mohon petunjuk dari Mu, Berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah, Ya Allah,
Ampunilah dosa dosaku yang lalu, Ya Allah, Ya Allah,
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja, Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu.

" Berjalan dan terus berjalan, dan terus berjalan, dan terus berjalan.... 
http://www.jobdirumah.com/boboocute "

Sunday, October 27, 2013

Doa Supaya DiPermudahkan Bayar Hutang & Mendapat Hajat

Macam biasa, setiap kali aku tengah serabut, blog ni jugak aku akan masuk.Bila dah masuk blog tu, aku takkan simpan sorang-sorang.Aku share ngan korang semua.
Sambil-sambil tu, jengah-jengah lah blog ni jugak ye,Resepi Rahsia Ku


Jika anda hidup di kelilingi hutang, Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk membaca doa   yang dibawah ini. kata seorang sahabat Nabi, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

"Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” 
(HR Abu Dawud 4/353)

Islam mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam menggalakkan umatnya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Walaupun begitu, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika di dunia hngga ke akhirat.

Doa tu merupakan doa untuk mengatasi masalah hutang kita yang  berpanjangan. Di dalamnya, ada beberapa permohonan agar Allah SWT melindungi kita dari masalah-masalah dalam hidup yang berkait secara langsung atau tidak dengan masalah hutang. 

 "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih.” 

Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.” 

Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mencari pinjaman/berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung untuk mencari ruang dan peluang membina hidup. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.” 

Biasanya orang yang berhutang menjadi orang yang diliputi rasa takut lalu cenderung menjadi pengecut. mentalnya jatuh. batin lemah juga. Jauh dari sifat pemberani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kedekut, jauh dari sifat demawan. kenapa? kerana dalam kepala otak dia cakap:

"Macam mana nak bersedekah, hutang aku pun banyak? tak bayar lagi?"

"Dan aku berlindung kepada Engkau dari dibelenggu hutang dan fitnah manusia."

Mengandungi inti permohonan seorang yang dibelenggu hutang. kita serahkan harapan kita, sepenuhnya, kepada Allah SWT, Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar meringankan masalah hutang yang berpanjangan membebani hidup kita. Di samping itu, kita  memohon agar dilindungi Allah SWT dari fitnah manusia. pihak pemberi hutang kan selalunya menzalimi orang yang berhutang kepada mereka?  setelah meminjamkan duit, si pemberi hutang merasa berhak ke atas yang berhutang, so dia buat sesuka hati asalkan hutang dilunasi segera. jadi, doa terakhir itu kita mintak supaya Allah lindungi kita dari kekejaman mereka. 

Sebab-Sebab Berhutang.

1. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh sahabat atau jiran yang sering menggalakkan berhutang walau hakikatnya dia tidak memerlukan tetapi hanya untuk berbangga.

3. Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang akan datang.

4. Kemudahan pinjaman yang sediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan material dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya dia tidak mampu.

Kesan Berhutang.

1. Menjadi satu budaya yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskannya.

2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3. Seseorang yang dibebani hutang memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan tergantung amalan serta rohnya setelah meninggal dunia sehingga dilunaskan segala hutang piutangnya.

5. Bagi mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tdak akan selamat di dunia dan di akhirat, sekalipun dia mati syahid.

Tanggungjawab Membayar Hutang.

1. Membayar hutang adalah menjadi syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah.

2. Seseorang yang berhutang hendaklah berniat untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah akan memudahkan baginya untuk membayar hutang.

3. Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika berkemampuan membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan orang yang zalim.

4. Kita mesti bersyukur kepada Allah dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat.

Wasallam.


" Berjalan dan terus berjalan, dan terus berjalan, dan terus berjalan.... 

http://www.jobdirumah.com/boboocute "


Sunday, October 20, 2013

Sandiwara Cinta - Repvblik


Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

Saturday, October 19, 2013

Adab - Adab Ketika Berdoa

Peringatan untuk diri ku..Dipetik dari ResepiRahsiaKu .Semoga dapat dimanfaatkan...


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الدُّعَـاءُ هُوَ الْعِبَـادَةُ

Sabda Rasulullah SAW:  
"Doa adalah ibadah".(HR Imam Bukhari)

Allah SWT berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al Baqarah / 2: 186)"
Doa termasuk salah satu jenis ibadah yang paling utama. Baginda Rasul SAW. Bersabda: Doa adalah otak ibadah. Dan berdasarkan ayat diatas semua doa pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. Hanya saja yang perlu diingat bahawa Allah telah membuat beberapa syarat pada penghujung ayat tersebut agar doa kita dikabulkan-Nya iaitu:

1.Kita mestilah melaksanakan perintah-Nya
2.Kita mestilah beriman kepada-Nya.

ADAB ADAB DOA:

Selain syarat diatas, agar doa kita segera dikabulkan oleh Allah SWT, maka kita mestilah memenuhi beberapa adab berdoa dibawah ini, antaranya ialah:
1.Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

Sabda Rasul SAW:
"Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah SWT. tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (HR Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)
2.Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.

Sabda Rasul SAW:
"Akan dikabulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya: Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? Jawab Nabi: Dia berkata: Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdoa lagi. (HR Imam Musllm)"
3.Berdoa dalam semua keadaan:

Sabda Rasul SAW:
"Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan doanya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak doa ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)"
4.Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:

Sabda Rasul SAW:
"Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan doa kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (HR Imam Muslim)"
5.Jangan memohon kepada selain Allah:

Sabda Rasul SAW kepada Ibnu Abbas:
"Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)"

6.Berdoa dengan suara yang sederhana:

Allah swt berfirman:
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta). (Al A’raf / : 55)"
Sabda Rasul saw:
"Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu tidak memohon kepada yang pekak dan ghaib, sesungguhnya kamu mohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (HR Imam.Bukhari dan Muslim)"
7.Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:

Allah swt berfirman:
"Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Al A’raf / 7:180)"
Rasulullah SAW pernah mendengar seorang lelaki berdoa dalam tasyahhudnya:

Ertinya: 
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ya Allah Yang Maha Esa lagi tempat meminta, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak serupa dengan seorang juapun, kiranya Engkau ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". LaIu sabda Nabi: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah diampuni. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, An Nasaai)"
8.Mengaku berdosa:

Sabda Rasul SAW.: Penghulu istighfaar ialah:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
 أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (HR Bukhari)

Fadilatnya Penghulu Istighfar: 
Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)
9.Jangan terikat dengan sajak dalam doa:

Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:
"Jauhilah sajak ketika kamu berdoa, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)"
10.Berdoa dengan khusyu' dan merendah diri:

Allah swt berfirman:
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai. (Al A'raf / 7: 205)
Allah swt berfirman:
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yanq khusyu' kepada kami. (Al Anbiyaa': 90)
11.Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa:

Rasulullah SAW berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdoa:
Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah doa akan dikabulkan Allah? (HR Bukhari dan Muslim)
12.Berdoa dengan amal salih:

Agar doa kita lekas dikabulkan oleh Allah SWT. maka kita boleh berdoa kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal salih yang pernah kita lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-yebut amal salih kita kepada-Nya.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdoa kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal salih masing masing. Doa mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.

13.Mengulangi doa sebanyak tiga kali:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud berkata: Baginda Rasulullah SAW. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.

14.Bersalawat kepada Nabi SAW.:

Sabda Rasul saw:
Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi saw. (Hadis Hasan)
15.Menghadap Kiblat:

Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, katanya:
Nabi Muhammad SAW. menghadap ke Ka'bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (HR Bukhari dan Muslim)
16.Mengangkat kedua-dua tangan:

Abdullah Bin Omar (ra) berkata:
Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Berkata Abu Musa:
Kemudian baginda Rasul SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Bin 'Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
17.Berwudhu' sebelum berdoa:

Berkata Abu Musa (ra): Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad SAW. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul saw lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa:

Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir;) dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu.

Lalu aku pun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. 
Kemudian baginda berdoa:
Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
18.Berdoa sambll menangis:

Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa AS.:

Ertinya: 
"Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana". (Al Maidah: 118),
Lalu Rasul SAW. menganqkat kedua dua tangannya dan berdoa :

" Ya Allah, umatku, umatku ", (sambil baginda menangis).

Selanjutnya Allah swt berfirman kepada Jibril (as):
Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: " Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu ". (HR Imam Muslim)
19.Berdoa sambil merendahkan diri:

Allah SWT. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya:
"Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang". (Al Anbiyaa: 83)
"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik". (Al Anbiyaa: 89)
20.Berdoa pada waktu waktu yang mustajab

Kita meyakini bahawa Allah SWT. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.

Rasulullah saw pernah ditanya:
Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. (HR Tarmizi – Sahih)
Wasallam.

Selepas habis mendoakan. Penutup kepada semua doa BACA AYAT INI....YA ALLAH MAKBULKANLAH DOA HAMBA MU INI SUPAYA AKU DAPAT BERIBADAT KEPADA MU, YA ALLAH.