Tawaran ganjaran daripada Allah cukup banyak. Kerjanya mudah, pulangannya mewah. Tiada risiko kerugian. Satu-satunya kerugian ialah kerugian kerana tidak mengambil tawaran Allah s.w.t. tersebut!
1.Tak kan tak mahu….dekat dengan Allah?
“Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu).” (Riwayat Muslim)
2.Tak kan tak mahu…berada dalam penjagaan Allah?
“Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah.” (Riwayat Muslim)
3.Tak kan tak mahu…dosa diampunkan sekalipun tidak terkira banyaknya?
“Sesiapa yang mengucapkan ‘subhanallah wa bihamdihi’ setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil) sekalipun sebanyak buih i lautan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
4.Tak kan tak mahu…doa dimakbulkan ?
“Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat berdoa: “Semoga bagimu yang seumpama itu.” (Riwayat Muslim)
5.Tak kan tak mahu…Allah berselawat untuk kita?
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali.” (Riwayat Muslim)
6.Tak kan tak mahu…dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
“Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan untuknya jalan menuju ke syurga.” (Riwayat Muslim)
7.Tak kan tak mahu…dibina untukmu rumah di dalam syurga?
“Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat selain solat fardhu setiap hari melainkan Allah bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.” (Riwayat Muslim)
8.Tak kan tak mahu…pahala berqiamullail sepanjang malam?
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah seolah-olah dia berqiamullai sepanjang malam.” (Riwayat Muslim)
9.Tak kan tak mahu…pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
“Orang yang menanggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti seorang yang berjihad fi sabilillah, berqiamullail tidak henti-henti dan berpuasa tanpa berbuka.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
10.Tak kan tak mahu…pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia?
Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
“Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga; sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)
Dipetik dari : Klik Sini

No comments:
Post a Comment