me & my lovely family

me & my lovely family

Friday, December 20, 2013

Allah Tidak Jemu, Usah Kita Pula Yang Tidak Sudi


“Jikalau seorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu dia merayu: “Ya Allah, ampunilah dosaku!” Maka berfirmanlah Allah: Hamba-Ku melakukan sesuatu dosa lalu dia meyakini bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu.”

Kemudian apabila hamba itu mengulangi dosa itu lagi, lalu dia merayu: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku! Maka Allah berfirman: “Hamba-Ku melakukan dosa lagi namun dia tetap yakin bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu.”

Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi kemudiannya merayu: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku! Maka Allah berfirman: “Hamba-Ku berbuat dosa lagi tetapi dia yakin bahawa dia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu. Aku tetap mengampuni dosa hamba-Ku itu. Lakukanlah apa-apa sahaja (Allah tetap tidak jemu mengampuni dosanya setiap kali dia bertaubat)!”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Rumahtangga Bahagia Selamanya - 

No comments:

Post a Comment