me & my lovely family

me & my lovely family

Monday, December 30, 2013

Ratu Syahadah..Siti Asiah

Tengah-tengah layan facebook tadi, ada terbaca pasal Ratu Syahadah, Siti Asiah isteri kepada Firaun..
So, google jap..aku jumpa info ni.Buat tatapan & peringatan untuk aku serta rakan-rakan sekalian...
Semoga aku diberikan kekuatan & ketabahan sehebat beliau..
Inshaa Allah...


Di Mesir terdapat sebuah keluarga Imran yang amat dihormati.Imran mempunyai puteri bernama Asiah di mana ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.Kisah Asiah ini sampai ke telinga Firaun lalu Firaun ingin memperisterikan Asiah ini.Namun hajat Firaun itu ditolak oleh Asiah hingga menyebabkan ibu bapanya diseksa dengan kejam oleh Firaun.

Setelah kedua orang tuanya diseksa,maka hari itu juga Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah sampai di istana ia tidak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya...

Maka setelah Siti Asiah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata: "Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."

Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:
1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.
2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya
3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.
4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.


Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan memerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.
Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.


Ibnu Athir berkata, "Asiah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.

Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'


Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."


Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."

Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."


Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.


Ketika Asiah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:


"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."


(Surah At-Tahrim (66):11)


Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mati!"



Sumber :klik sini..


Wednesday, December 25, 2013

SEGALANYA PERASAAN ITU INDAH


Really miss this moment

¤ Rindu itu indah jika kerana bila kerinduan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang dirindu.

¤ Gembira itu indah jika kerana bila kegembiraan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang menggembirakan.

¤ Sedih itu indah jika kerana bila kesedihan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyedihkan.

¤ Bosan itu indah jika kerana bila kebosanan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membosankan.

¤ Sibuk itu indah jika kerana bila kesibukkan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang disibukkan.

¤ Sakit itu indah jika kerana bila kesakitan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan.

¤ Benci itu indah jika kerana bila kebencian itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang dibenci.

¤ Derita itu indah jika kerana jika bila penderitaan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menderitakan.

¤ Oleh itu niatkanlah segala perasaan hanya untuk ALLAH untuk mendapat keredhaanNYA. 

Klik ler Sini

Monday, December 23, 2013

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah
( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya
( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup"
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi.
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim.
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

Tapi saya share dari sini....

Friday, December 20, 2013

Allah Tidak Jemu, Usah Kita Pula Yang Tidak Sudi


“Jikalau seorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu dia merayu: “Ya Allah, ampunilah dosaku!” Maka berfirmanlah Allah: Hamba-Ku melakukan sesuatu dosa lalu dia meyakini bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu.”

Kemudian apabila hamba itu mengulangi dosa itu lagi, lalu dia merayu: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku! Maka Allah berfirman: “Hamba-Ku melakukan dosa lagi namun dia tetap yakin bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu.”

Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi kemudiannya merayu: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku! Maka Allah berfirman: “Hamba-Ku berbuat dosa lagi tetapi dia yakin bahawa dia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu. Aku tetap mengampuni dosa hamba-Ku itu. Lakukanlah apa-apa sahaja (Allah tetap tidak jemu mengampuni dosanya setiap kali dia bertaubat)!”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Rumahtangga Bahagia Selamanya - 

Tak Kan Tak Mahu



Tawaran ganjaran daripada Allah cukup banyak. Kerjanya mudah, pulangannya mewah. Tiada risiko kerugian. Satu-satunya kerugian ialah kerugian kerana tidak mengambil tawaran Allah s.w.t. tersebut!

1.Tak kan tak mahu….dekat dengan Allah?
“Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkan doa (ketika itu).” (Riwayat Muslim)

2.Tak kan tak mahu…berada dalam penjagaan Allah?
“Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah.” (Riwayat Muslim)

3.Tak kan tak mahu…dosa diampunkan sekalipun tidak terkira banyaknya?
“Sesiapa yang mengucapkan ‘subhanallah wa bihamdihi’ setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil) sekalipun sebanyak buih i lautan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

4.Tak kan tak mahu…doa dimakbulkan ?
“Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat berdoa: “Semoga bagimu yang seumpama itu.” (Riwayat Muslim)

5.Tak kan tak mahu…Allah berselawat untuk kita?
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali.” (Riwayat Muslim)

6.Tak kan tak mahu…dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
“Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan untuknya jalan menuju ke syurga.” (Riwayat Muslim)

7.Tak kan tak mahu…dibina untukmu rumah di dalam syurga?
“Tiada seorangpun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat selain solat fardhu setiap hari melainkan Allah bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.” (Riwayat Muslim)

8.Tak kan tak mahu…pahala berqiamullail sepanjang malam?
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah seolah-olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah seolah-olah dia berqiamullai sepanjang malam.” (Riwayat Muslim)

9.Tak kan tak mahu…pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
“Orang yang menanggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti seorang yang berjihad fi sabilillah, berqiamullail tidak henti-henti dan berpuasa tanpa berbuka.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

10.Tak kan tak mahu…pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia?
Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
“Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga; sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Dipetik dari : Klik Sini

Saturday, December 14, 2013

MISSUOLLSDAMNSOMUCH...

Seriously..

I am really super duper MISS my family..

uhuk uhuk uhuk...


MISS them so much!!!

Sunday, December 8, 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

Adoiii..dah 8hb, baru teringat nak update..


Happy Beday To Me
Happy Beday To Me
Hepi Beday To Meeee
Hepi Beday To Me.............

Tadaaaa..bak kata kak jue, welcome to 3 series
Dah ada value katenye..
TQ to Ayuk (sememangnye aku tau dia lah MasterMind nye), Kak Jue, Ija,Devika, Ieka & Kak Jaja Syikkin..Tq sangat2...
Bak kata ayuk, at least aku tau, aku still ada kawan-kawan
Tq so much friend..
Terlalu banyak dah aku makan budi korang
Pada adik aku Wan..dia pun sama tak jemu-jemu bantu aku walaupun dia pun tengah susah
Terima Kasih lagi sekali kalian semua
Doakan aku yang terbaik supaya aku dapat membalas jasa kalian semua..
 

ADIK SAYA CAKAP KALAU NAK TUHAN TOLONG KITA,KITA KENA BERUBAH...



1) Menjaga Wuduk

2) Tahajud Dan Witir

3) Solat Berjemaah

4) Tadabur Al Quran

5) Puasa Isnin & Khamis

6)Membuka Rezeki Dengan Solat Dhuha

7) Sedekah

Kesemua amalan-amalan tersebut adalah amalan sunnah yang akan membawa keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan.
Aku ngah cuba untuk praktik kan..Alhamdulillah,sikit demi sedikit aku dapat praktikkannya dalam kehidupan harian aku.
Dan aku akui, aku dah mula rasa ketenangan.Tak dinafikan jugak keserabutan tu masih ada..Tapi, aku dapat rasakan ada perbezaan bagaimana aku yang dulu dengan aku yang sekarang.
Alhamdulillah, Ya Allah..Kau masih memberi aku peluang untuk merasai nikmat sebegini lagi..
Mudah-Muadahan aku tidak lagi tergelincir seperti dahulu..


Friday, December 6, 2013

.....B.L.A.N.K......

Ya Allah...aku dah tak mampu nak senyum..aku dah tak mampu nak sembunyikan kesedihan aku ni lagi...aku dah susahkan semua orang.Aku dah susahkan orang opis aku..aku dah susahkan mak aku..aku dah susahkan adik aku..aku dah susahkan semua kawan-kawan aku.Semuanya berpunca dari aku.Ya!! Semua salah aku!!Kalau aku tak ikutkan kehendak hati aku, aku tak akan hadap semua masalah ni.Dan ini bukan lah aku yang sebenar...Ya Allah,aku buntu....