me & my lovely family

me & my lovely family

Saturday, February 26, 2011

Betul ker???Layankan sajjooo...

Td ngah bosan2,layan forum kejap.jmpe plak info kt bwh ni.xtau la ley caya ke x?layankn ajor....



1. Katak

Binatang ini akan mengeluarkan suaranya yang parau dengan nada yang lebih panjang dan lebih nyaring dari biasanya ketika cuaca buruk akan datang

Jadi, kita Anda mendengar suara mereka yg kuat, bersiap sedialah
untuk menerima dan ribut taufan yg akan terjadi.

 

2. Burung

Dengan menilai berapa tinggi mereka terbang, kita dapat mengukur tahap buruk cuaca akan terjadi.

jika mereka terbang tinggi, cuaca akan cerah. Tetapi jika mereka terbang lebih dekat ke tanah, tekanan udara dari sistem angin yang akan datang ataupun sedang terjadi menyebabkan mereka memilih untuk terbang lebih rendah.

 
 3. Lembu dan kerbau

petani mengakui haiwan mereka dapat meramalkan cuaca seperti banjir.

Menurut legenda, ketika lembu merasakan cuaca akan menjadi buruk, mereka akan menunjukkan rasa kegelisahannya, memukul lalat dengan ekor mereka , atau berbaring di padang rumput untuk menjadikan tanah sentiasa kering.

 


4. Lebah dan rama2

Ketika lebah dan rama2 telah terbang menghilang dari bunga, Anda boleh meramal cuaca buruk datang ke tempat Anda.

jika mereka tidak ada di tempat-tempat yang biasa mereka hinggapi, ada sesuatu yang akan terjadi dengan cuaca.

 



 5. Kambing biri-biri

Jika anda melihat biri2 berkumpul di dlm kumpulan mereka, ini petanda esok hari akan hujan.

hal diyakini akan terjadi cuaca buruk seperti angin kencang oleh itu mereka bersama-sama duduk berdekatan supaya lebih panas

Friday, February 25, 2011

Pennniiiinnnnnn

Isshhh2...agak lama gak aku x update blog kan??bukan ape,lately agak tertekan ckit la..agak serabut ckit pale otak.so nk mengupdate blog ni teramat la malas.bukan tertekan pasal ape pn..cume since aku join Premier Service ni,id skill aku cume utk Corporate Customer je.So aku da selesa ngan customer2 corporate tu.tetapi, ble TL aku da bkk id skill utk Premier Customer..da mengelupur ye..mane x nye,premier customer pn ade yg pakai prepaid,so aku kene refresh balik sume product2 prepaid.Lg pn cust premier ni kalu nak handle,kene lebey bersopan santun..berlemah lembut..adooiii...penat lah.susah tau nk hipokrit.ingt x penat ker??yela..kalu aku ni mmg jenis teramat sopan @ teramat lemah lembut,mmg xde hal punye lah.masalah nye tidakkkk...tu yg masalah tu...

 lepas tu plak,penin pk pasal tarikh nk kawen ni.ssh jgk rupenye kalu kawin kt kg yg memerlukan gotong-royong nih.sume kene cop awal.pd mulanye mmg aku nk sgt tarikh 4&5 Jun tu.Bile aku col mak aku,dia ckp xley sbb da ade org booking, so nk tknk trpkse la amek sminggu lepas tu iaitu 10&11 Jun...so aku bgtau Inchik Tunang n Inchik Tunang pn bgtau la kat famili dia..n famili dia plak da bgtau sume sedara2 dia lah n sume da stuju walupn 10 Jun tu jatuh pd hari Jumaat. 

Skali kelmarin mak aku col ckp yg tarikh 4&5 Jun tu dah kosong.Tuan yang nk kn tarikh tu da ganjak ke 21/5.aku pn excited ckp ok jer, xpk plak pasal belah lelaki..sekali semlm aku ckp la pasal tarikh tu kt Inchik Tunang, marah betul dia kt aku..huhuhu...sgt2 sedey..aku pn tau benda ni akn mnyusahkan pihak dia tp aku cume mnyuarakan pendapat ajer...kalu xnk xpela kn,aku x kisah pn.aku kol mak aku ckp psl ni,dia gelak plak.trus mak aku ckp,xpe lah... nnt ble belah laki kol nnt,mak bincang balik psl tarikh ni.dia pn x kesah kalu xdpt nk wat 4&5 Jun tu..sedey tauuuu,aku plak yg trtindas kt tgh2...last2 aku ckp kt Inchik Tunang,biar je lah org tua bincang sesame org tua.xyah pk lg dah.ikut kn aje,senang.tul takkk???

Thursday, February 17, 2011

Perkara Yg Anda Tidak Tahu Tentang Telefon Bimbit..

Smpai je opis pg td,sempat aku layan forum skjap.Tgh2 lyn,aku jumpe info ni..mgkin benda ni dah lama n aku br tahu.pape pn,layan kn je lah.Mungkin boleh dimanfaatkan ker...???

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : –

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

 Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI (x pasti)

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.

 Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI


- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

 Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul...


Salam maulidur rasul semua...semoga hr yg indah ini dpt dimanfaatkan dgn sebaik yg mungkin..kalu mcm aku,dah sah2 nye keje...sjak 4taun join celcom ni,cume skali je aku dpt cuti time maulidur rasul ni.mase tu taun 2009.time tu aku still dok kt uma lama aku dkt Bandar Baru Ampang tu.n kalu stiap kali maulidur rasul msti akan ade perarakan, btul x??aku suke join perarakan maulidur rasul ni.dlu kt uitm,mmg aku join tiap2 taun.berarak la kitorg kt stadium uitm tu tau.n mase kt uma lama dlu pn same.dr x kenal jiran2 sekeliling,trus saling kenal mengenal.tp sjak dok Lembah Jaya ni,mmg x berkesempatan langsung nk join.td pn,mase aku on d way nk g keje,penduduk2 kwsn uma aku tu dah get ready dah nk berarak.sedeh plak rase sbb x dpt nk join.nk wat cane..da kene keje kn..keje tu kn salah satu daripada ibadah & jihad kita kepada Allah..btul x??pape pn,selamat menyambut maulidur rasul ye..

Saturday, February 12, 2011

DBKL oh!! DBKL..

 Benda ni spttnye aku nk cter semalam..tp x sempat.lg pn aku kt uma bkn ada tenet pn.blog2 yg aku update b4 ni sume kt opis jer.tu pn cume PC TL jer yg bley bertenet,PC ktorg??Jgn nk mimpila...Jd,pantang je tgk PC tu available,time tu lah aku update blog aku..xpn,pg2 aku slalu smpai opis teramat la awal,so time tu jgk aku update blog aku...n hr ni plak hr sabtu,PC tu memanjang la available kn..pe lg,gunakan la sebaik mungkin.ye x?? ok2,balik pd tajuk hr ni.kelmarin kn aku ade cter yg aku bernasib baik sbb kete aku x kene towing mase kt Hospital Ampang tu.

So smlm pn,aku trlepas gak kene towing.Sbb?? slalunye kalu aku g keje bwk kete,aku msti akn paking kt dpn 'pulau' aka kedai2 makan tu.aku penah dgr jgk yg DBKL suke tarik kete kalu paking kt ctu.Tp da lama jgk la DBKL x towing kt ctu tau.So,slama aku paking kt ctu,alhamdulillah mmg xpenah kene lg & saman pn kurang.lg satu yg slalu paking kt ctu kak jaja & wadi.tp smlm mmg kak jaja da nk kene kot..sbb wadi smlm x keje n aku plak smlm kete Inchik Tunang pakai, jd kete kak jaja yg kene towing..sian dia.xpenah2 dia smpai ke Jinjang tu,smpai jgk dia smlm ye ke sana n 200lebey gak lamelayang ble nk kuakn kete tu balik.adoiiyaii,kalu kene kt aku lah smlm,alamatnye mmg tggu duit KPI 15hb ni la jwbnye nk kuakn kete tu balik.sungguh,aku mmg da sengkek da skang ni tau.ckup2 utk mnyak & belanja makan je ni ha..syukur,alhamdulillah....

Thursday, February 10, 2011

No More O&G Appointment lagi...Yeay!!!


Semalam aku mmg ade req utk off day sbb ade appointment ngan Klinik O&G kat Hospital Ampang.n seperti biase kalu dia tulis kat kad tu kul 10pg,jgn hrpla kul 10 tu no ko akn dipanggil time2 tu jgk.stakat ni, experiance aku ngan hospital ampang ni,plg cepat no aku dipanggil adelah pada pukul 12.00tghr & settle sume bagai dlm kul 12.30tghr.lgpn mase mula2 ade appointment ngan O&G tu,nurse to da pesan awal2 da,dia ckp dtg sejam lebey awal sbb appointment yg da dtetapkan tu x termasuk utk amik no giliran mase pendaftaran n mase utk brjumpe ngan doktor..so,dsbbkn aku nye appointment dalam kad aku tu kul 10pg,aku pn ngan gigih nye kua dr uma kul 9 ye.Hospital Ampang ngan uma aku tu xla jauh mane.kalu kete x byk, 5min da bley smpai.n dsbbkn jgk smlm adelah hr bekerja,kete pn byk.so perjalanan aku ke hospital amik mase 15 min.

da smpai kt hospital, satu hal la plak nk crik paking...mmg konpem2 penuh nye lah.dlu aku penah paking kt tepi2 jln tu,so asik kene saman je ngan MPAJ.tp smlm yg kt tpi2 jln tu pn mmg da penuh.so trpkse la aku paking jauh kt depan kedai perabot n menapakla ckit ke hospital tu.sdg2 aku menapak tu,skali MPAJ lalu bersama2 ngan towing truck nye...trus je dia towing kete kt tpi2 jln tu ye.Ya Allah...mujurlah aku tak paking kt ctu.kalu x, beratus jgk melayang kn kalu nk kuakn balik kete tu.so balik pd appoinment td tu,lps2 aku paking tu,aku trus pegi ke kaunter pendaftaran.wktu tu mmg tepat kul 10 lah.smpai2 aku tgk,mak aiii..ramai btul org.mmg aku da agak mmg lame nye lah.smntara mnunggu no aku dpanggil,aku dgr akak sblh aku ni mmbebel dkt henpon dia.rasenye dia col laki dia kot.

Akak tu : da ade appoinment pn still kene amik no giliran jgk..dah la no ayang lmbat lg
..

smbil2 tu,aku smpat gak jeling no giliran kt tgn dia tu,awal 3 no dr aku je.dlm hati aku,jgn hrp la kene pggil awal..x lame pastu laki dia dtg kt dia ye.ngeluh jgk psl paking xde n akk td tu dok ulang lmbtlah ,kene amik no lah.mcm2..aku x sure dia dtg sbb maternity check up ke @ ade masalah lebey kurg mcm aku jgk.tp tgk pd kad yg dia pegang,ade skali buku kaler pink yg org2 pregnant pegang tu..tebal lagi tu.cume aku pelik,ni 1st time ke dia wat appointment??x pn 1st appoinment ngan Hospital Ampang?? tp aku rase mane2 hospital pn same je kot care appoinment nye..kat kad tulis kul 10,jmpe doktornye 2 jam pastu.btul x??tp xtau lah.kalu slh btul kan aku ekh.so amik no da lps n pastu tggu giliran jmpe doktor plak.mase aku nk amik no tu,si laki bini tu ade jgk kt kaunter tu.dia wat komplen psl appoinment ni lah.n jwpn nurse tu same je mcm yg aku dpt

 nurse : kt cni appoinment mmg mcm tu.so kene dtg awal ckit dr waktu appoinment yg ditetapkan
si laki : kalu mcm tu bek xyah letak waktu appoinment tu.same je nk kene mnunggu..

nurse : btul bang.waktu yg kte ttpkan tu hnye utk rujukan berape jumlah patient yg perlu ade pd stiap jam
si bini : yeke, len kali xyah letak kul 10.letak je kul 8. sy bley je dtg kalu kul 8 pn


wah2..brckp xnk kalah ye..kalu nk cpat,xyah le dtg hospital kerajaan ni.pegi je hospital swasta.sedia je duit byk2,cpt je diorg lyn ko kt sane.tul x??tp mmg lame pn.aku tgk akk td tu da menggalabah jer tgk kul 12 pn no dia x dpanggil lg.pstu aku nmpak laki dia trus je msuk bilik doktor tu ye.gamble je.xtau la ape yg dickp oleh si laki ni,trus doktor india ppuan tu pggil bini dia.teruk kn??yg len pn mengandung gak,ade yg aku tengok mcm da sarat je da.bley je diorg tggu.aku rase doktor tu pn mls nk bising2 kot,tu dia lyn je akk tu.aku tgk akk tu pegi wat urine test pastu masuk balik bilik doktor tu.x lame pastu tgk da kuar da ngan doktor td.elok je diorg berdua tu lps dr bilik doktor t,geleng je ye doktor tu.trus dia pggil patient yg spatutnye msuk td tu.x phm aku ngan org yg mcm tu.asik dia je nk menang,bek dok dlm utan je sorg2.sume benda ko tanggung sendiri.pentingkn diri sendiri sgt kan...
 
 so,tggu pnye tggu,at last no aku dpanggil jgk pd jam 1.30ptg..giler lame kn.mcm biase dia scan kt perut aku tu..sambil2 tu tnye,da kawen ke blom..ble nk kawen..da sesi beramah mesra plak..sbb tu la lmbat kot b42 ni.byk menyembang.tp kn yg aku x paham,nape stiap kali dia scan,aku rase sakit sgt kt kulit perut aku tu.mmg akan sakit ke arr??ke kulit perut aku ni nipis sgt??ble aku tnye kwn2 aku yg pregnant,diorg ckp mane ade sakit bile scan.tp sungguh,mmg sakit.nk2 plak dia tekan2 nye nk bg nmpak lg jelas.adoiiiyaii...seriau je aku rase.still ingt lg sakit dia mcm mane smpai skang... mmg sakit lah.pstu dia da scan sume, dia ckp sume ok..dinding uterus cantik..tiub fallopio da x bengkak lg..ovari pn normal...alhamdulillah,lega hati aku dgr..dia siap print kn lg ye.da mcm follow up pregnant plak aku rase.jd pasni..aku da xde appointment da..cume dia ckp,kalu tbe2 ade masalah psl bnda ni lg,dtg je refer kad yg da ade tu...


Tuesday, February 8, 2011

Minum air kosong 5 gelas sehari..(minuman berais pn boley???)


Sambil2 melayan col yg byk td, sempat jgk baca metro online.Skali jmpe info kt bwh ni.Selalu aku dgr minum 8 gelas air sehari n kalu nak diet,xley minum minuman yg berais sbb nnt perut buncit.So aku caye je la..n minum air yg ade ais pn teramat la jrg.Tp ble bace info kt bwh ni,byk plak kelebihan dia.Ape lg,lyn kn ajerr...

Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.

Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.
Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.
 
Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.

Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.

“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.

“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.

Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.

“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.

“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari.

“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.


“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.

  
Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka.

Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.

“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.

“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.

Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.

Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.

Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.

Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.

“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.

“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.

Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.

“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.

“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

 Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.


■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.


■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.


■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.



Sumber dari Harian Metro

Sunday, February 6, 2011

Jem aje sampai ke sudah...


Td dgr berita kata jalan dah mula jem di PLUS dr Changkat Jering menghala ke Kuala Kangsar.Tu blom lg dr Ipoh ke Simpang Pulai kan??tp kalu tgh cuti2 pnjang macam raye ker, chinese new year ke..jgn nk mmpi la nk balik KL jln lengang.Nk jalan lengang boley, tp kene kuar pkul 6pg dr umah.at least da lps ckit2 jem kt kwsn2 yg heavy trafik tu...sbb tu cuti raya cina kali ni aku x beria sgt nk balik kg.aku prefer keje sbb x pening pale otak nk harung jem.ckup2 la jem yg aku tempuh stiap hari nk g keje dr Taman Kosas smpai la ke Ampang Point tu.hisshhh,mmg x suke lah.tp nk wat cane,no choices.Nnt ingat kalu da kawen,aku nk crik uma yg jalan dia smooth je smpai ke opis aku lah tp ade ker???ntah lah,aku kalu boley da xnk dok kl da.ingt nk dok luar dr kl.jauh dr segala kesesakan jalan raya (wah!! ayat..) tapi..tercapaikah impian aku tu ye???hurrmm,tggu,lihat & tempuh je la...ok, balik pd cter psl jem td.ade skali tu waktu raya cina,aku cuti pnjang.aku rase time tu still ngan kompeni lama rasenye.kete pn xde lagi.sbb tu balik kg nek bas.kalu nk ikut pd tiket,bas tu gerak dr Shah Alam kul 6.30pm.So,kalu perjalan hari biasa, hnye mengambil mase 3jam utk smpai ke Stesen Bas Ipoh tu.Tp disebabkan hr tu adalah mlm raya cina...perjalan dr 3jam tu bertukar mnjadi 6jam ye.Penat da duduk dlm bas tu lama2, smpai sakit2 pinggang aku.dlm tempoh 6jam tu,berkali2 mak aku call.risau sbb x smpai2 lagi.


jd sejak dr itu,kalu raye ke,cuti taun br cina ke,kalu trpkse nk balik kg.aku akn pstikan balik sehari sblm nye n kuar uma pg2 buta supaya x tempuh jem nnt.pastu kalu nk balik kl plak,kene pstikan gerak dr umah pg2 buta jgk.time tu kete mmg x byk,so perjalanan pn lancar je...

Adoyaii gas ni..nape la ko abis waktu pagi2 buta ni....


mane nasi lemak nye huda??? 
Kak Ude..nasik lemak xde ker hr ni???
Huda,bihun telur sambal lebey ader??
Kak Huda..x bwk nasik ke hr ni...


tu adelah soklan2 yg ditujukan pd aku bile smpai aje kt opis tepat kul 8 td smpai la tghr td tau...nk kate hr ni,hr yg xbaek, x jugak..bg aku hr ni same je mcm hr 2 ahad sebelumnye.cume nye hr ni aku xley nk niaga sbb gas abis pd pkul 6.45pg td.adoiyaiii...mane ade kdai gas bkk pagi2 mcm tu..lgpn,mmg ngam2 lps aku goreng telur mata ye..so mmg x smpat nk goreng bihun td.nsik lemak pn yg dlm rice cooker tu je lah yg da msk.yg msk gune periuk ats api tu mmg x sempat.nak ngeluh, x baek kan...so,aku tkrkn je la niat aku nk niaga tu kpd bersedekah pg2 ni..salah ke niat aku tu??sbb nk jual, rase mcm ckit sgt.sian pd yg xdpt beli tu.jd nasi lemak yg ade tu aku bg je kt bdk2 billing yg selalu jagakan nasik & bihun aku tu stiap sabtu n ahad.

aku mmg niat nk open table kt bdk2 yg slalu jg kn nasik n bihun tu ble gaji aku kuar hr tuh..abis tu da aku tgk gaji ade dispute,so aku hold dlu.next month br proceed nk open table tu k..jgn rsau,aku hargai pertolongan korg2 tu sume..bak kate Wadi,kalu nk open table, xkn nk bg bihun ngan nasi lemak jgk??so,aku simpan kata2 tu n aku akn tunaikan bulan dpn ye...'

Histeria Penyakit Berjangkit??? tp betul pn...


mcm ape je tajuk hr ni psl histeria kan??bkn ape..kebetulan plak hr ni aku keje pd hr ahad n experiance aku psl histeria ni pn jatuh jgk pd hari ahad..Tajuk tu aku amek dr kosmo online hr ni.so crita psl histeria dlm kosmo tu mmg pnjang berjela .ni link dia :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


balik pd kesah aku psl histeria ni kan, wktu tu taun 1997.n time tu aku br form 2.aku mmg dok hostel.sekolah aku dlu tu bkn la asrama penuh ke, teknik ke, mrsm ke ape2 je la yg berkaitan sekolah2 elit tu.aku bknnye bijak nk g sekolah2 mcm tu kn.so,aku hnye layak utk ke Sek Men Keb Dr Burhanuddin,Taiping tu je n dia mmg ade sediakn hostel utk bdk2 kelas AA (Aliran Agama) @ pn RK (Rancangan Khas) time tu.kbtulan aku dpt offer utk masuk RK tu,so aku lyk la nk msuk hostel kn.pd hal uma x la jauh mane pn time tu....ok2,back to d story.

kejadian tu berlaku pd hr ahad..mmg tiap2 hr ahad pg kitorg mmg ade "roll call" n trus gotong-royong smpai tghr.Hostel ktorg x la besar mane.ade 3 blok jer.1 blok lelaki (ASTRA - Asrama Putra) & 2 blok ppuan (ASTRI - Asrama Putri).
Biase la..ble kte jd freshie,msti akk2 senior ade crita2 psl abg2 angkat la,adik2 angkat la,psl warden2 yg garang la,psl penceroboh la,org minyak lah,mcm2 lg lah.Yg satu cter ni, mmg wajib kot kene crita iaitu cter2 hantu.
 

Dr ape yg diorg citer,hostel ktorg tu mcm ade trend.hantu2 tu kacu bdk2 hostel2 ni ble taun ganjil jer.taun genap dia x kacu.tp waktu tu aku caye je lah,sbb mase aku msuk form 1 tu taun 1996.mmg xde pn psl histeria ni.tp ble msuk je 1997,lebey kurg stiap bln ade je yg kena histeria ni.tp yg besnye ahad yg aku nk cter ni,ahad yg pling menakutkan la bg aku time tu.mane x nye, lps je stgh jam dr 'roll call' ahad tu,tbe2 slh sorg dr sebelah bilik aku tu berlari keluar pagar sambil jerit2.laju plak tu.naseb bek ade yg nmpak.cpt2 diorg kejar.wktu tu mmg dah bkn sore dia tau.mmg totally sore jantan & terserlah kejantanan dia ble dia melawan balik .time tu Ustaz Ghazali ke Ustaz Hishamuddin ntah yg take over.aku da x ingt la.pastu dgn dibantu oleh Astra2 yg wat2 gagah berani tu,dpt la tenangkn bdk yg kene histeria tu..tp ble bdk tu dah tenang,dgr plak bdk2 blok A jerit2 bgtau ade sorg lg nk lari kuar.tp yg ni lg ganas tau.dia tendang2 je sape yg pegang kaki dia.yg td kat blok B da elok tenang,ni blok A plak da riuh bagai.Trus je ustaz ngan astra2 td pegi kt blok A plak..benda ni smpai la ke waktu mkn tghr...agk2 da tenang ckit tu,ustaz pn kuar la dr blik tu...nmpk sgt dah kepenatan ustaz tu.lps tu keadaan da mula tenang smpai la ke solat zohor..lepas zohor..sunyi je time tu.mane x nye,sume nye tdo sbb letih gotong-royong,letey handle bdk2 yg kene histeria td tu..ngan aku2 yg xde terlibat ni pn terlelap skjap tghr tu. 

tbe2...dgr plak bdk ats bilik aku,terjerit2 ckp lepaskan aku...smua terkejut okkey.dah lah tu mmg kwn aku.mmg x jangka pn dia bley kene.sume yg kene histeria hr tu,sume nye nk mnuju kuar dr pagar tau.nk kemana pn x tau lah.time tu da nk masuk Asar.lg skali ustaz ngan astra2 tu dtg & jlnkn kewajipan masing2.tp kali ni agak kelakar.ustaz tu mmg dia sje je lpaskn kwn aku tu, tp dlm mase yg same bdk2 astra td mmg dah tggu kt gate da.mane la tau kot2 ley terlepaskn.Pastu ustaz tanye :

Ustaz : hang nk p mana time2 asar mcm ni??
Kwn Aku : nk kluar.dah ada yg tunggu kt sana.semua dah ada
Ustaz : yela..tp nk kemana...
Kwn Aku : rahsia, mana boleh bagitau


Kelakar kn,boley plak nk rahsia2.Tp yg kwn aku ni,dia x ganas..cume dok ulang ckp nk keluar je.tu je ayat dia smpai la ustaz da tenangkan dia.br dia senyap.so sunyi la skjap smpai la ke mkn mlm & tgh2 brsiap2 nk g surau smayang jemaah maghrib,lg skali riuh bdk sblh blik aku lg skali..tp bdk yg len plak..yg ni mmg lama.smpai ke besok pagi ye.yg ni trend dia,mnjerit je.kdg2 dgr dia gelak.smpaikan ustaz terpakse asingkan dia kt bilik tv ktorg.sbb yg ni len ckit,kata ustaz la..tp mmg betul pn,astra smpai brtukar ganti ye dlm bilik tv tu.kwn2 dia ade bape kerat je yg brani jaga dia smbil bace Yassin tanpa berenti.ustaz pn same ye..smpai ke pagi dia still macam tu lg,mengilai la dia,gelak la dia.kdg2 dia diam pandang je kt siling (kata kwn2 yg jg dia dlm bilik tv tu).sok nye,ktorg trpkse panggil HM (HeadMaster @ Pengetua) dtg,br la bdk tu ok..bg aku mmg dasyat lah hr ahad tu.mmg aku xkn lupekn smpai ble2.aku ni nk kata berani sgt, xla sbb mase kejadian tu aku hmpir2 je nk kene benarnye sbb tgh2 nk tenangkn diri sambil bace Yassin ahad mlm tu,tbe2 je aku rase sesak nafas & aku menangis x berenti.kwn aku smpai keliling aku,pegang aku n suruh bace Yassin kuat2.alhamdulillah...lps tu aku da tenang.mgkin time tu aku takut sgt kot.smpai terbwk2 dlm pale otak walupn mulut ngah bace Yassin... 




Saturday, February 5, 2011

Selamat Pengantin Baru Norrul & Budin...


Congrat's to Norrul & Budin...Selamat da diorg sbg suami isteri smlm ye...aku x dpt nk g sbb keje.Pape pn tahniah ye & semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...lg pn td aku da col si nurul ni..happy je dia .x smpat aku nk ckp pnjang, dia da potong ckp aku.dia tnye bile plak mase aku?da ade tarikh tetap ke blom?dia suruh Inchik Tunang cepat2 crik tarikh sbb dia mmg excited utk mjlis aku  n segalanye akn brjalan lancar ble da ade tarikh.adoiii si norrul ni..non stop ye dia shoot aku..aku dgr je smpai dia abis ckp.dia ni mmg cmtu.dia bkn jenis yg pot pet pot pet  yg bising tu,tp dia jenis suke brckp stret meleret2 smpai dia rase nk berenti.hahah,sori norrul.aku x kutuk tau.aku nk promote ko lg ade.aku x penah rase yg ianya annoying pn...pape pn,tggu je la kad jemputan aku nnt.insyaallah...x lama je lg.doa2 kn aku ye...

Tuesday, February 1, 2011

Cisss!! Terkena Gak Aku..

Smlm aku cuti...da la gaji pn br kua smlm.Bajet dlm hati boley la kot nk shopping ckit2 n bli skali door gift utk majlis aku nnt  sbb aku rase last month mcm masyuk sbb ade public holiday hr  tu.Skali check,aisshh xkn byk tu je kot.X penah2 ade dispute dlm gaji aku slama hmpir 4 taun ni, xkn kali plak dia nk mulakan.Mls nk pk byk2,tggu je la payslip nnt tgk cane.Then setelah aku kuar kn gaji aku n setelkan sume yg komitment,so ade la belen ckit.boley la kalu aku nk  bli door gift tu kn.Skali jln2 kt carrefour yg slalu sgt aku pegi tu,aku disapa oleh sorg bdk yg mcm promoter ni.Ayat dia senang jer,  
Promoter : Kak, da dpt beg recycle free dr carrefour?
Aku : Free?? (dlm pale otak aku bkn kene byr ke RM2.99)
Promoter : Haah kak.Cume tulis nama jer.Nnt dia bg.Meh cni kak sy tnjukkan.
Aku : Owh,yeke.. (aku ngan bongok nye pegi ikut dia ye)

 
Skali dia bwk aku pegi kt kdai dia Kitchen Queen tu.Aku pelik gak,nape x bwk aku pegi kt Receptionist tu.Tp time tu aku mcm x terkata.Aku ikut jer.Kene pukau ke aku time tu??rasenye x, sbb aku rase masih sdr lg keadaan keliling.Lg pn mak aku ade call aku time tu,aku bley je jwb lg.Tp mmg agk pelik sbb slama ni kalu ade promoter2 yg nk explain pape,mmg aku x lyn okkey..tp kali ni ntah lah.agk nye mmg da trpegun dgn microwave kt ctu tu agknye.mmg da usha lama dah microwave tu & da tnye rege da pn, RM3698 ye..mhl giler.microwave tu lebey kurang same mcm yg Chef Wan pkai dlm 'The Best of Wan' tu..(tp xley lawan la yg chef wan punye tu) mane la aku x giler..tp xde la smpai giler nk bli sgt2..ok,back to the story.Smpai je kt kdai tu,dia sruh aku isi form survey.so aku pn isi je la..pastu dia ckp sbb aku da bg feedback kt survey form tu,dia sruh aku tulis name & detail aku kt lucky draw.konon2 kalu bertuah, dpt brg free dr Kitchen Queen.Dia pn tnjuklah name2 cust yg penah dpt lucky draw tu.Dlm mase yg same,dia promote jgk brg2 dr kitchen queen tu.mmg menarik brg2 kt ctu..mane tak nye,ade dapur elektronik yg xyah gune gas tu la..foot massanger la..microwave oven yg aku suke tu la..blender nk wat kek tu la..mcm2 ekh.tp rege dia sume 2ribu ke atas.ok, balik pade lucky draw td.sblm aku tulis name tu,aku da tnye siap2,kene byr pape ke?dia ckp mmg tak.so aku pn laju jer tulis detail aku.skali da siap,bdk tu bkk kn lucky draw aku tu,aku dpt free dapur elektronik + foot massanger + voucher RM50.

  dapur eletrik yg aku ckp tu

                              foot massanger - lebey kurg la bentuk dia,x jmpe lak masa google td



microwave yg aku giler sgt nk beli tuh!!
disbbkn aku dpt sekali voucher RM50 tu,aku kene bli brg dr citu.trus je mulut aku ckp aku nk yg microwave tu.bongok kan?? byk duit aku nk bli brg 3ribu lebey tu?? nk beli door gift pn kene gigih wat ot.ni plak nk beli microwave 3ribu.Diorg ayat bek jer
 
Promoter : akak kre brtuah sbb 3 brg tu total sume 10ribu lebey, tp akk cume byar RM3698 je utk 3  brg tu.psl byran,akk x perlu bimbang,dr cara cash, shingga la ke installment bln2.cumenye kalu installment,brg akk akn dpt lps byr separuh.n ade deposit RM100.
 
Yg besnye,aku bley byr je seratus tu.pastu dia bg aku resit n dia ckp nnt bile nk wat istallment,bwk je resit nih.n then aku trus je balik g kt paking kete.msuk je dlm kete tu,trus aku rase nyesal x sudah.duit seratus habis mcm tu jer.skang aku ade 2 option :
1. same ade rugi seratus n xyah amek brg tu @
2. usaha crik 3ibu lebey utk dptkan 3 brg tu
tersgt2 la bengap aku ni kan..da sah2 benda ni mcm gores & menang.hisshhh, xtau lah nape la aku ley trlibat jgk benda2 bodoh ni.aku crita kt Inchik Tunang psl benda ni,marah giler dia kt aku.diam je la aku,nk ckp ape lg.benda da jd.pasni xmo g carrefour lg da!! tp..kene pegi jgk, sbb ctu je tmpat aku bli brg2 utk bisnes nasi lemak & bihun aku pd ujung mggu.So,bley pegi tp jgn lalu pn dpn Kitchen Queen tu okkey...


Nota Kaki : Jgn nk terpedaya lg dah ngan promoter2 tu sbb isu gores & menang masih lg ade tp diterjemahkan dlm pelbagai cara..& kalu kua nk g shopping,biarlah berteman.at least ade org yg boley ingtkn kter supaya aware dgn ape saje ketika itu...