me & my lovely family

me & my lovely family

Sunday, January 30, 2011

TOKEK rupenye namanye....

Hr tu mase kua ngan Inchik Tunang ahad lepas,dia ada ckp yg kg dia kt Kuala Selangor tu skang heboh org kua masuk carik binatang mcm sesumpah tu.Dia ckp,org2 kg tu kata kalu dpt tangkap & jual binatang tu boley dpt smpai beribu2.aku trus ckp, gler ke ape tngkap sesumpah tu pastu jual smpai ribu2.sape yg nk beli???ape bes sgt sesumpah tu smpai boley jual bribu2???ntah2 iguana kot,aku ckp.last2 dia mls nk jwb soklan2 cepu emas aku tuh,trus dia tkr topik.hahah,sian dia aku mgkonfius kn dia.yela..kalu pk logik,nape org nk bli binatang tu smpai beribu2??ape paedah nye??n last2 aku tau jgk ape binatang yg mcm sesumpah yg dimaksudkan Inchik Tunang tu...TOKEK @ Cicak Besar name dia rupenye...tau pn sbb td sembang2 ngan bdk opis.Diorg bkk cter psl tokek ni.br la aku tau nape la binatang ni mahal ye...trus aku google,jmpe info kt bwh ni.Serius,aku mmg xtau okkeyy..pd Inchik Tunang,mintak ampun siap2 ye...

Namanya bergitu popular sekali disebut samaada di kawasan bandar dan apatah lagi sememangnya terkenal di kawasan luar bandar .

Tokek ataupun nama Mat Sallehnya adalah tucktoo mula menempah popularity pada awal tahun 2010 sehingga ramai warga kota serta tidak ketinggalan juga penduduk kawasan pendalaman berebut untuk mencari Tokek ini dan ramai juga yang tertipu dengan perniagaan tokek dan ada juga sanggup berbunuhan dan bergaduh kerana berebutkan Tokek .

Mengapa dan kenapa bergitu kuatnya pengaruh Tokek ini ? jawapannya adalah senang sahaja iaitu kerana nilai wang . Sekilogram berat Tokek boleh mencecah nilaian Jutaan Ringgit .
 
Pernah satu ketika digemparkan dengan Tokek Seberat 64kilogram dan itupun kalau ia benar - benar wujud dan ditangkap seperti gambar dibawah sudah tentu si penjualnya sedang goyang kaki dan kaya sehingga tujuh keturunan.( itupun kalau bukan gambar superimpose ).

Tokek Raksasa yang ditangkap di Kalakbakan dekat Nunukan-Malaysia. ( Tidak diketahui kesahihannya )

Menurut sumber yang tidak dikenal pasti iaitu menerusi secara lisan , hempedu tokek ini mampu untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk HIV/AIDS . Tokek yang sudah mati tidak lagi bernilai dan hanya tokek yang hidup sahaja yang akan dijual atau dibeli.
Mulut Tokek akan menganga sekiranya didekati dan berwaspada kerana ia mungkin akan mengigit anda dan sekiranya digigit dipercayai anda hanya menunggu petir berbunyi barulah tokek akan melepaskan gigitan tersebut. Kaedah tradisional , sekiranya jari anda digigit , jangan panik ambil sedikit cuka dan titiskan dimulutnya dan pasti tokek akan melepaskan gigitan.

Petikan dari www.pengerindu.com 
 

Hepi Chinese New Year!!


 td mase nk g keje,jln mmg betul2 lengang.tau la hr ahad,tp ahad kali ni dia lengang sbb bape hr je lg nk chinese new year kn???maybe da ramai yg balik kg kot..kalu kompeni lama aku dlu,mmg da stat cuti da ni..seminggu lg tau.siap b4 cuti tu dpt byk sgt hamper.maklum la,keje sbg site clerk dlu,sorg je pompuan  plak kt situ.so kalu dpt hamper dr contractor2 len,msti aku yg dpt dlu.mane mknn2 yg aku xley amek tu,aku bg kt supervisor2 aku.x ramai pn,3org jer supervisor kt site aku dlu tun sumenye cina..sgt2 suke tau.
          yg ni xbley ye....

tu blom kre ngan limau nye lg.kalu limau tu mmg da berkotak2 aku dpt.nk jual balik pn boley.tp x bek kn...org da bg mane ley jual2...ble da abes cuti,ha..benda len plak yg aku tggu iaitu angpau..hishhh,bes btul time tu.time tu jer nk dkat 300 aku dpt hsil dr angpau yg dberi oleh contractor2 dr kompeni aku tu tau.sekarang ader mcm tu????non ado!!! 


yg ni bley!!
yg ni bley sgt2,hehe..
ye lah,keje sbg customer service ni,org cuti kte keje..org keje,kte plak cuti...ble da 4taun keje mcm ni,da rase selesa sgt dah.ble kene shift office hour,adoiyaiii...sangap nk mmpus.x suke x suke & x suke.skang x kawen lg bley la ckp mcm ni,cube da kawen nnt tengok????hahah,no komen.da kawen nnt cter len plak okkey...yg penting next week byk sgt public holiday n aku dpt keje time public holiday tu..Massyyyuuukkkk....


Thursday, January 27, 2011

THE POWER OF SOURSOP @ DURIAN BELANDA...

Tgh2 mnjawab call yg byk tghr td, tbe2 tringat plak air durian belanda yg aku minum mase g mkn2 ngan budak billing hr tu kt Four Season Restaurant .Errmmmm,sedapnyeee...tringat lg rase dia mcm mane ye...pastu saje2 google psl durian belanda nih.sekali jumpe info kt bwh ni...selama ni aku dgr2 mcm tu jer, tp x sangka plak buah ni byk sgt dia punye kelebihan.Sbb tu la dia mahal kn?So,ape lg. layan kn ajor....
soursop ice blended.nyummm nyumm..cedap sgt2.
kalu yg ini,bkn pembunuh penyakit..pembawa penyakit lg ade la




Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.


Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ’Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.


Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.


Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.


Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :


i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.


ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.


iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.


iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.


Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :


1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.


2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!


3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!


Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !


Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?


Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.


Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.


Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.


Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.


Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.


The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.


Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.


Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!


Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.


Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Petikan dari blog : Keluarga Chu Hassan

TAHNIAH HARJIT SINGH....


Semalam sbb da xde crita,aku bkk je la tv1..dr citer drama (Trilogi Cinta,lyn gak benarnye) smpai la ke brita..wktu tu pembaca brita dia Harjit Singh.Mase tu tergerak hati ckp,lamenye la dia ni jd pemberita dkt TV1.Dulu mase kecik2,wktu tu dalam darjah 3 rasenye.Bile cikgu tanye sape pembaca berita yang awak kenali?trus je aku jwb Harjit Singh....laju je time tu.Waktu tu dia agak glemer dikalangan makcik-makcik kt umah lama aku kt Jalan Kuching dlu, n  mak aku la pn yg mmperkenalkn Harjit Singh tu kt aku ...Tp mmg msih ingat lagi lah time tu.Smpai cikgu pn ckp,Harjit Singh tu dia punye BM lebey bagus dr bangsa melayu kter.I mean,dia punye kefasihan la...n secara x langsung,aku pn trus ingat dia smpai ble2..td ble google td,trjumpe artikal kt bwh ni.Tahniah ye Harjit Singh.....

Harjit Singh Diiktiraf Penyampai Berita Paling Lama
Oleh P. ARUNA

 Harjit Singh bersama pengiktirafan yang diterimanya sebagai Penyampai Berita Paling Lama Berkhidmat oleh Malaysia Book of Records, Isnin.

PETALING JAYA: Penyampai berita veteran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Harjit Singh Hullon, 57, diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penyampai berita paling lama berkhidmat.

Harjit berkata, profesion itu sudah menjadi impiannya sejak sekian lama.

"Sejak kali pertama saya mendengar radio, saya tahu yang saya juga mahu suara saya didengar oleh orang lain," katanya yang mendapat pengiktirafan itu pada Isnin selepas 38 tahun berkhidmat dengan RTM.

Menariknya tentang penganugerahan itu, Harjit tidak memecahkan rekod yang sedia ada, sebaliknya mencipta satu rekod baru dalam bidang penyiaran.

"Ia (pengiktirafan) bukan rekod yang mudah untuk dipecahkan selepas ini," katanya yang mula berkhidmat di stesen itu sebagai penyampai radio pada tahun 1972.

Harjit kemudiannya meninggalkan negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan tetapi kembali ke Malaysia selepas menyedari bahawa bidang penyiaran adalah impian sebenarnya.

"Saya tidak mendapat status 'Dr' (doktor) di hadapan nama, sebaliknya berjaya mendapat status 'DJ'," katanya secara berseloroh.

Harjit mula menjadi penyampai berita setahun selepas itu dan terus bertahan sehingga hari ini. Penyampai berita dwi-bahasa itu juga pernah memenangi Anugerah Khas Kementerian Penerangan pada majlis Anugerah Angkasapuri pada 2006.

Bakal bersara tahun ini, bapa kepada dua anak itu bagaimanapun tidak merancang untuk berehat.

"Saya ingin mencurahkan ilmu dan sumbangan kepada syarikat (RTM) yang telah membuka ruang kepada saya untuk berada di kedudukan hari ini," katanya yang merancang untuk menjadi mentor kepada penyampai-penyampai baru RTM.

Sebagai wajah yang cukup sinonim dengan stesen itu dan merupakan satu-satunya lelaki berbangsa Sikh dengan imej serban, Harjit berkata, rakan-rakannya pernah bergurau tentang akronim 'RTM' yang turut membawa maksud 'Regular Turbanned Man'.

Harjit turut mengakui, dia pernah menolak beberapa tawaran dari stesen televisyen pesaing ekoran kesetiaannya bersama RTM.

"Jika diimbas semula, saya tahu yang saya telah membuat keputusan yang betul untuk kekal bersama RTM," katanya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.a...=mstar_hiburan

Tuesday, January 25, 2011

PRANK, PRANK & PRANK LAGIK...

aku xtau la nak kata ape.marah pn tak.geram pn tak.agaknye suke kot.bkn ape..aku rase sronok plak ble bdk2 ni masing2 prank antara masing2.yg besnye,sampai2 je opis,trus nk prank tu...dasyat kn.otai nye x len x bkn,si bapak budak Wadi tu.Dia yg start bab2 prank ni.Pantang aje tgk workstation bdk2 ni kosong,pe lagi...trus je ada status baru.xkesah la fb ker, gmail buzz ker, ape2 je la yg berkaitan ngan status.X lama lps tu tgk lah,bkn men panjang komen2 yg dterima lps tu.Yg mane bijak mcm cik ayuk,dia balas balik gune Power Point ye..Sungguh kental ye kawan2...ni sume gara2 balas membalas dendam (errkk,ade ke perkataan tuh???) hentam sajooo...pape pn,aku enjoy ok.walupn aku pn dah penah terkena psl pisang tuh,aku ttp okkeyyy..slagi aku rasa dia tidak annoying,so aku layankn ajerr....

                                                    hasil kerja cik ayuk.really2 like dis!!!

Friday, January 21, 2011

BB MENYERANG BILLING DEPT.....


Well...mula2 bb ni kuar,sape je yg pkai bb ni,nmpk mcm wahhh kaye nye dia..mcm gempak jer ble tgk sape2 yg ade bb.tp since celcom ni mmg berkait rapat ngan bb ni,so phone bb tu da mcm 2nd phone je da...staff celcom pn bley men campak2 je da phone tu.x semua okkey..sesetengah ajer yg mcm tu.tp bg ktorg yg dkat billing ni (errmmm billing lagi ke aku nih???? xsedar diri btul),ktorg mmpergunakan segala kmudahan yg ada disini..means,phone bb tu ktorg bley dpt dgn staff price...erti kata len,bley la jd 2nd phone jgk...aku mmg nk join jgk bdk2 nih,tp tggu la gaji dlu...kalu aku dlukan duit yg aku ada skang ni,jwbnye tgk aje la phone tu smpai kenyang...

Thursday, January 20, 2011

PENAT LA KALAU DENGAR CAKAP ORANG JER...

Happy Thaipusam Day!!! haa...mood agak ceria hr nih,msti mlm td ade pape kann....ish2, xbaek tau.xde ape yg bezanye,mlm td same je mcm mlm2 yg len jgk...Tbe2 tringat hr selasa hr tu,mak ade col n dia tanye ble Inchik Tunang nak anta duit..so aku jwb la,nnt2 la..bg aku setelkn segala masalah aku dlu,br aku pk psl ble spatutnye Inchik Tunang nk anta duit...dlm masa yg same jgk,mmg Inchik Tunang nk kumpul lg duit utk wat tambahan mase majlis & lps kawen nnt...byk benda la nk pk benarnye..


 Pastu mak ckp,org kg da sebuk2 tnye.kalu stakat tnye tu xpelah.ni bley plak kata mak aku ni tak tegas.aku trpk jgk,sjak ble tegas ni ada kaitan ngan kawen ye???mknenye,kalu mak aku tak tegas  & pihak laki msih lg nk wat penangguhan,trus putus la ye pertunangan tu???alasan sbb langgar janji.mmg mcm tu ekh???yg nak kawen nye diorg ker???diorg ker yg bg segala duit blanja tu???aku x sngaja trckp mcm tu kt mak.Sian kt mak..Nor btul2 x sengaja.Geram sgt kt org2 kg tu.Aku tau la..segala2nye bermula dgn aku sbb aku cucu sulung.Kalu dah tau aku ni cucu sulung,trus refer ngan aku jer xley ker???xyah lah nk kias2 kt mak aku tuh.dia x bersalah okey..dia x desak2 aku sbb dia phm aku.kalu dia x phm aku dr last year lg kot aku da kawen.tp bkn dgn Inchik Tunang la.ntah ngan sape2 ntah.ngan duda pn ader.pelik aku lah



.kalu ni zaman nenek2 dlu,bley la kalu nk wat cmtu.ni da len la..anak2 dara sume da x dduk rumah da,sume kuar bekerja crik duit nk sara diri.xkesah la dr segi halal @ haram.mcm2 lg dah.tu la yg dinamakn lumrah kehidupan...btul x??



hurrmm,aku da mls nk kire ape org kata da.yg aku tau,mane aku mmpu,tu je lah yg aku buat..tp aku tau,jauh dsudut hati mak aku tu pn,dia msih sedey dgn ape yg aku lalui..walupn dia ckp dia kuat&tabah,tp aku tau,dia pn same mcm manusia len,ade hati & perasaan...xpe mak,ape yg nor ley ckp, sbr je dlu.nor janji akan tebus balik segala ksilapan nor & kembalikan semula khidupan nor yg dlu supaya hati mak kembali tenang spt dulu ye...



Saturday, January 15, 2011

TIK TOK TIK TOK CEPAT NYE MASA BERLALU....


 Semalam, tanggal 14 Januari 2011..sebulan dah aku join Premier Service ni.Dan pada tarikh yang same juga adalah tarikh lahir Inchik Tunang.So, genaplah umo dia yg ke 23 tahun....kitorg xde la sambut beria bagai pn..n aku pn malas nk pk nak surprise2 ker..romantik2 ker..simple jer.ada sbijik kek n wat kn dia nasik goreng ayam.tu jer.sgt2 simple okkey..dia pn x suker celebrate2 ni,sbb tu aku wat cmtu jer..pape pn,Hepi Bday Papa..Semoga tahun 2011 ni dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur & hubungan kiter berkekalan hingga ke akhir hayat...


n cakap pasal ke akhir hayat ni..dlm hati terasa cuak gak nih.sebab?? menghitung hari nak kawen...adoiii la,bile la agknye ntah.ngah crik tarikh lg nih.ade je yg x kena.dlm mase yg same,duit pn kena kumpul gak.nk kene ada gak ckit utk majlis jadinye n untuk lepas kawen nnt...

hurmmm,ni la faveret inchik tunang

ni real pic tau mase kat Pulau Perhentian

 honeymoon???mmg x rancang pn, ingat nk pegi pulau jer since Inchik Tunang teramat la sgt suka memancing n aku lak mmg teramat suke la nk snorkling tu, so pulau je la kot ktorg pegi.tp x sure lg pulau mane.lgpn pasal cuti2 ni,aku da tau dah nk refer sape...of coz my ex-officemate, Kak Mahira...mane tau tbe2 ley dpt cuti2 free ker..hehehe, jgn mara ye kak.sy cube2 je td tu..Pape pn,hopefully semuanye berjalan lancar....ni ayat penyedap hati nih!!!

Wednesday, January 5, 2011

HAPPY NEW YEAR!!!!

Rase nye x terlambat lagi kter nk wish happy new year kan??? bkn ape..sempena taun baru ni,mesti ada plan baru, azam baru,cita2 baru..(eeh,boley lg ker nk cita2 baru????).salah ayat tu...means tempat keje baru...
bg kter,alhamdulillah...permulaan 2011 ni segala2nya smooth jer..da plan dah nk wat ape.lgpn kter da transfer masuk department baru...so sumenye baru bg kter.Kwn2 ok jer,alah balik2 jmpe gak muke bdk2 billing dlu sbbnye...sblh billing je dept baru kter,heheh...So far okey...trening 2minggu jer,keje opis hr,huhuh...pastu ble nama da ade dlm schedule..pe lagi...pulun OT ler..tiap2 hr wat 5 jam,gler kn?? tp ape nk wat..byk sgt perancangan dlm dis year.hopefully,semuanye akan terlaksana...amin...