me & my lovely family

me & my lovely family

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

 Apa ada dengan 12.12.12? aku pun tak tau apa yang spesel nye tarikh
tu.So, bagi aku memang kompem takde makne lah kan.Pada yang
melangsungkn majlis pernikahan nya pada hari ni, aku wish tahniah ye
kat korang..Masing-masing nak amik tarikh cantik kan..walaupun
ditengah2 minggu ni.Semoga jodoh korang kekal hingga ke syurga oke...
Hurrmmm,disaat aku menaip nih, badan aku rase sengal-sengal
sangat.Kepala tak usah cakap la kan,beratnye tuhan je yang tau.Mane
tak nye..aku dah siksa diri aku ye..aku keje dari hari sabtu lepas
sampai la sok nye ni kul 8pg - 12 mlm.Giler tak? giler kannn??

Ni HR aku lah ni, tetiba lak taun ni, gaji bulan 12 dia buat cut off
awal.Tertekan aku jap.Tido dah sah2 tak cukup la kan.Balik opis kul
12,tak semestinye sampai umah boleh terus tdo.Paling cepat pun kul 1
baru aku ley tdo tau.Pastu sok nye dah nak kene bangun kul 6 plak
sebab nk prepare brekfes utk aku bawak bekal.Susah kalau tak bawak
bekal.Aku tak tau nak makan ape k.Sebab makanan yg dorang jual sume
nye ade carb.Macam pagi td, aku terlajak sampai kul 7.15am.Subuh pun
terlepas.Korang dapat bayangkan tak macam mane jalan ampang tu dikala
pukul 7.15am, aku masih lagi kat umah.Huhuhu...sangat2 tertekan
oke..kul 8.15am baru aku sampai opis.Sampai je opis, col plak tengah
banyak...Adoiilaaaaa..terpakse la bertahan sampai 9.30am baru aku ley
beli brekfes.

Sampai kat kafe, berulang alik aku kat kedai tu sebab tak tau nak
makan ape.Last nye aku amek scramble egg + sosej 2 + daging
berger.Ntah berapa banyak carb dah kat situ.Sori badan..xde
pilihan..Sebab tu aku sanggup membangunkan diri aku utk sediakan
brekfes utk diri aku.Kalau tak,cenggini la jadi nye.

Dalam tempoh 6hari ni memang aku dah niat dah memang taknak
timbang.Aku yakin berat aku akan jadi statik @ pun naik gara-gara tak
cukup tido.Campur lagi dengan tekanan yang ntah ape2..memang jangan
harap la berat badan nak turun walupun ko pantang carb bagai
kannnn.So,nant pas cuti hari jumaat nanti, baru aku nak timbang
balik.Time tu redha je lah bape berat aku time tu...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 11, 2012

Ciri-Ciri Suami Yang Tampan

 Tadi blogwalking lagi..jumpe artikel bawah ni.Aku share kat korang ye..Tapi kalau nak lebih lagi,korang boleh masuk page dia terus, klik ler sini

Jangan mencari calon suami yang tampan wajahnya.
Jangan mencari calon suami yang banyak hartanya.
Jangan pula mencari calon suami yang selalu diperebutkan para wanita.
Akan tetapi carilah seorang calon suami yang benar-benar halus tutur katanya.
Yang begitu mulia budi pekerti dan tampan akhlaknya.
Yang bisa memuliakan kaum wanita.
Yang benar-benar telah siap menjadi pemimpinmu.
Yang dapat membimbingmu untuk semakin dekat kepadaNya.
Yang dapat menuntunmu ke jalan yang diredhaiNya.
Yang bisa mengingatkanmu ketika engkau telah lalai dalam melaksanakan dan menjalankan kewajibanNya.
Yang bisa menyedarkanmu ketika engkau telah berbuat khilaf.
Yang bisa meluruskan kesalahanmu dengan penuh kelembutan.
Yang bisa menegurmu ketika engkau telah berpaling pada tanggung jawab dan kewajibanmu sebagai seorang isteri yang wajib taat pada suami dan RabbNya.
Yang bisa memaafkanmu dengan penuh keikhlasan jika engkau telah telah menjadi seorang isteri yang kufur.
Ketika engkau salah bukannya dia marah.
Ketika engkau khilaf bukannya dia mengkeji.
Ketika engkau kufur bukannya dia meninggalkanmu.
Tapi sebaliknya,
Dia pantang menyerah untuk selalu membimbingmu,
Menuntunmu,

Mengajarimu,

Untuk kembali ke jalan yang benar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. 

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Tengah ngantuk2 tadi..sempat gak aku google masuk page i luv
islam.com.Pastu,terjumpa artikal bawah ni..Disebabkan penghujung ayat
dia dia menyatakan 'Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!" so,
aku pun share la ngan korang...Jom kite tengok..kene ke tidak orang
yang kite sangka itu jodoh kite....


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya
Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"(Surah Muhammad, ayat
7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk
melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa
mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan
emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama,
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan
antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba
perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta
cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia
sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat,
maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin
bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,
jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin
berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya
terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum
hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila
dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,
dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu
dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani
mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada
kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti
cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah
individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka
masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup
ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara
sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan
perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui
semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat
melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan
kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup
bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus
peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami
pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan
tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi
pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini
di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang
sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di
kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang
bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya,
apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling
menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan
kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan
deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan
dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila
kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya
perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah
memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat
petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika
tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah
bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya
diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat
di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 7, 2012

Am I Stress???

Hye korang...Assalamualaikum,

Sori ganggu korang petang2 macam ni..baru pas ujan plak tu..huhu,sangat bes ari nih.best untuk aku la..untuk korang yg berkerja,aku tau..for sure mmg sangat2 tak bes kan?last weekdays,ujan lak tu.aku tau betapa stress nye korang balik keje time camnih.tapi xpe..spt biasa..ganjaran korang kan cuti 2hari ni.ye tak? Ye tak? So, sabar oke..aku plak hari ni last day cuti aku..so,besok..aku plak sambung keje..
Isk isk isk,nape sekejap sangat je aku rase ekh?padahal bkn ke mane pun..dok uma jer.Cuma hari ni je aku kua jalan2 cuci mata (alasan sgt huda..padahal ko dah terlebih carb kannnn) huhuhu..memang betul pun.Kalu korang nak tau,hari ni ntah nape ntah.aku langgar sume makanan haram atkins.Nyesal lak rase.Nak kata kempunan sangat2..ermmm,boleh la dikatakan sikit..tapi aku dpt rase..aku tak tringin pn aku rase utk hari ni.sebab rase teringin aku tu dari stat atkins lg memang tak ilang..Cuma hari ni,ntah kenapa ntah,ishhhh..aku pn tak tau.
Nak tau ape aku makan dr pg td? Nak ?? Takyah arrr.. Nak tau gak?? Okela2..aku bagitau ekh..tp jangan ikut tau.Sian kat badan korang nanti.N aku tgh laluinye skang..
Pagi ~ Nasi Lemak Sotong
Tghr ~ Wafel Peanut Coklat
~ Chicken Lasagna
Ptg ~ Tom Yam Ayam + Daging 2 mangkuk
Giler kannn?Memang aku takut nak timbang sok,huhuhu..tapi air..sehingga jam aku update blog ni, dah masuk botol 1.5l yg ke 3 dah ni.Siap la malam ni time tdo..alamat nye dok berulang masuk toilet la jawabnye..
Oke lah,dah maghrib nih.aku chow dlu..selamat maghrib ye kawan-kawan..
Chow Cendol... Ngeeeeeee...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 6, 2012

Hujan!

Hurmmmm..rase nak update blog.tp..malas la plak.kat luar plak ngah ujan.sama macam hati aku.ujan jer time cuti2 nih.cuti bria mintak pnjang.tp xplak plan nk kemane2..ingt nak je balik kg,tp bajet plak xde..
Tetiba rase pilu jer..sayu pn ade..mgkn sebab trlalu teliti dlm buat perancangan,akhirnya semuanya tak jadi...korang penah tak rase macam tu?frust giler rasenye dah.setiap hari bangun dr tdo,berdoa supaya berjalan lancar.tak cukup dgn doa,tmbah lagi usaha nak pstikan ianya brjalan lancar.dipunghujungnye,smua nya punah.
Bile punah,tanamkan lg dalam hati..kata takpe,boleh cuba lagi..ade peluang lagi tu huda..mula balik dgn doa,usaha dan tawakal.tp berulang lagi,punah semua usaha..ianya berulang berulang dan berulang..korang penah rase tak mcm tu?kalu penah rase..jom kte share sama2.Sebab nye Tu lah yang aku tgh rase sekarang..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 3, 2012

Hepi Beday To Me....

Assalamualaikum...

Sori..lama giler tak jengah cni..mood nak update blog tak datang lagi la..sori sangat2 k.
Korang cane?oke ker?Sehat?Caner ngan DA? still going on ker ??haaaaa,tu soklan bes gak tu. Aku still lagi join DA..never stop till dah dapat ape yang aku nak.Wat mase ni, aku taknak update pape lagi..saje nak bagi surprise sikit korang (huhuu..walhal dah byk langgar pantang benarnye..).Serius,aku tak tipu.Aku memang banyak ngelat dalam diet nih.Sbb tu penurunan agak perlahan.Aku tak heran sangat ngan nasik tau.Yang aku betul2 craving giler2 nye adalah semua makanan berunsur tepung.Especially,goreng pisang.Aduhaiiii...memang aku blasah gak.tapi masih lg beringat2 tentang carb.so,cume makan seketul je (ekhh,ade ke seketul??) gasaklahhh.yang pasti kuantiti nye 1.jadi la nak lepas kempunan..korang jangan tiru aku tau.ingtttt 20g carb per day okeehhhh.

Dalam tempoh 3minggu tak update blog ni,macam2 cter yang aku nak kongsi kat cni.Tapi,nanti lah ye.Slow-slow k..Citer paling bes,adik aku kahwin laaaa..Alhamdulillah..selamat mereka berdua diijab kabulkan pada 08.11.12 hari tu hanya dengan sekali lafaz jer..Syukur..kedua2 majlis berjalan lancar..


Pastu..01.12.12 hari tu,genaplah usia aku yang ke....... ahhh,pandai2 la korang teka sendirik.makin tua dah aku ni..xde la ape yg spesel pun beday aku ni..cuma seperti biasa,budak2 opis aku ni ada je idea dorang nak celebrate beday.sebenarnye kalu ikut aku..aku tak nak pun celebrate makan kek bagai..malu..dah tua la..lilin pn penuh je atas kek tu,huhuh...pape pn tq korang..really really appreciate it!!



Haaaa..ade lagi.Taun ni agak spesel ckit dr taun2 sebelum ni sebab dapat present dari orang2 yang penting dalam hidup aku.Hihihi...suke sangat2.Adik aku ngan bini dia bagi aku jam...cantik! aku suka! macam yg aku ckap kat dorg dua "best ever gift sejak 29 tahun ni..." (alamakkkk,da kantoi umo dahhhhh).Ni hadiah nye..
Yang bawah ni plak Inchek Jepp yang kasik..aku sangat2 suke sebab aku mmg ngah survey mane nak beli penimbang ni tau.Tak sempat aku nak gi beli,bkk2 je hadiah,tersangat excited la aku..penimbang digital yang dia belikan untuk aku..tq so much sangat2.aku tau kisah dia disebalik hadiah ni.So,aku anggap ianya terlalu istimewa n aku akan ingat sampai bile2...


Friday, November 2, 2012

Day 11 ~ Oh My Diet..

Assalamualaikum...

Mai nak update menu jer..hihi..

31.10.12 - Rabu
Brekfes
Air Kosong
Telur Goreng 2 biji
Lunch
Air Kosong
Ayam Goreng 2 ketul
Dinner
Air Kosong
Telur Rebus 2biji
Ayam Goreng 2 ketul

01.11.12 - Khamis
Brekfes
Air Kosong
Ayam Goreng 2 ketul
Lunch
Air Kosong
Roti Brekthru 2 kpg
Daging Berger Ayam 2 kpg
Cheese 2kpg
Telur 1biji
* Time nih aku sengaja nak try makan berat sikit.Aku try buat ala2 Double Cheese Ayam Spesel.N mengahnye pas makan tu mcm baru melantak 2 pinggan nasik penuh.Bile check balik,aku dah terlebih carb 10g..mmg kompem ni 1st n last utk aku,huhu..Mungkin sebab dah lama x makan carb banyak kan..sbb tu rase macam pack sangat2..
Dinner
Air Kosong
Ayam Goreng 2 ketul
Telur Goreng 1 biji

02.11.12 - Jumaat
Brekfes
Air Kosong
Sosej 2btg
Telur Goreng 2 biji
Lunch & Dinner
Blom lagi nih.Jap gi baru nak turun carik.Ingt nak makan ikan la..

Ok lah.Nanti sambung lagi..Darr..