me & my lovely family

me & my lovely family

Thursday, January 17, 2013

Doa Ku lagi....


Ketika hati resah dan gelisah, berat menanggung emosi atas tekanan yang melanda diri.. Kawallah hati, tenangkanlah jiwa, di sisimu Maha Pencipta melihat kesabaran, keteguhan dan keikhlasan dalam gerak kerjamu :)



"RABBI YASSIR WALA TU' ASSIR, RABBI THAM MIN-BIL HAIRI"
(Ya Allah kau permudahkanlah.. Jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan)



Sumber : klik sini

Wednesday, January 16, 2013

Sekadar Luahan Hati..

Tetiba aku terdetik dalam hati.Macam-macam perkara yang terjadi
kadang-kadang nya diluar dari jangkaan kita.
Kadang-kadang rasa,macam tak adil.
Kadang-kadang rasa terlalu penat je nak teruskan hidup.
Kadang-kadang sampai rasa nak mengeluh sebab tak dapat apa yang kita ingini.
Bukan sebab tak reti nak bersyukur dan bukan juga taknak rasa bersyukur.
Cuma kadang kala kita merasakan, kenapa diri ini??
Kuat sangat ke diri ini sehingga diberikan ujian sebegini??
Adakah ini balasan daripada dosa-dosa yang pernah diri ini lakukan
suatu tika dulu,hari ini dan yang akan datang?
Aku makin tak kuat Ya Allah...
Jika ia baik untuk aku, Kau permudahkanlah Ya Allah
Kau berikanlah aku jalan petunjuk Ya Allah
Kau yakinlah aku bahawa ia memang benar-benar baik untuk ku Ya Allah..
Agar aku dapat hidup dalam keredhaan Mu Ya Allah...
Jika ia memudaratkan aku, Kau jauhkanlah ia dari ku Ya Allah..
Kau tunjuk kan lah jalan kebenaran pada dirinya Ya Allah..
Kau lupuskanlah segala ingatan nya pada diriku Ya Allah..
Kau datangkan lah padanya pengganti yang lebih baik dari ku Ya Allah..
Sesungguhnya,aku tak sanggup lagi nak teruskan semua ni.
Makin banyak dosa aku Ya Allah..
Teralu kerap hatinya terguris kerana ku Ya Allah..
Terlalu kerap aku merendah-rendahkan maruah dirinya Ya Allah..
Terlalu banyak lagi kesilapan ku Ya Allah...terlalu banyak...
Aku mohon tunjukkan lah jalan Ya Allah..
Akan aku terima segala-segalanya apa yang ditetapkan lah oleh Mu Ya Allah...
Amin..Amin..Ya Rabbal Al-Amin....

Wednesday, January 9, 2013

Aizat Oh Aizat...

Sape tengok AJL 27???
Aku yakin memang ramai yang tengok.Dalam berita pun ada cakap,dapat rating paling tinggi pada malam tu.Pada para pemenang..tahniah ye..Terutama kepada Juara iaitu Aizat...Yeayyyy!! aku sangat2 suka persembahan dia malam tu.Sampai skang tak jemu dok ulang tengok kat youtube,hehehe...terpikat sudaahhhh.Khas untuk korang semua,layannnzzzz..


Mode : Sakit hati sebab kene stay lagi sampai kul 12.xnak makin sakit, layan Aizat banyak-banyak kali,huhu..Luv u Aizat...

Jangan Huda Jangannnnnnn

 Kenapa laaaaa sejak aku off DA seminggu lepas, aku tersangat-sangat
nak makan pau ye??
tak kira lah pau ape pun.Semua jenis pau menari-nari dalam pale otak
aku.Masa aku off DA last week pun, aku tak makan nasik tau.Aku takut
berat aku naik mendadak,aku hanya main cuit-cuit @ 2 3 sudu je makan
makanan berunsurkan tepung macam bihun,kuih.Orang kata,jadi lah nak
lepas kempunan kan...Lagi pun aku sangat2 stress minggu tu disebabkan
SYABAS punya hal.
So stat isnin hari tu, aku mula kan balik DA walaupuan isu air tu tak
setel lagi.Dengar kata, sampai ke Raya Cina baru selesai masalah
tu.Giler kann??Disebabkan itu, aku taknak seksa lagi badan aku untuk
terlibat sama dengan isu air tu.Aku gagahkan jugak untuk teruskan DA
aku ni supaya misi aku nak capai berat 60kg tu berjaya...
Tapi tu la...masuk hari ni, aku dok kepingin nak makan pau la
plak..Sangat-sangat pelik okeehhh.Pagi tadi pun, before nak pegi
keje,aku bukak la tv.N mcm biasa, channel feveret aku, asia food
network tengah tayang makan-makan kat restoran cina yg masakan nye
wajib berunsurkan pork.Aku tak kesah lagi bila pork pork tu dorang
makan.Sekali, chef restoran tu bawak kua kuih pau yang pelbagai rasa
tu kasi host tu makan.Adoiiii, tertelan air liur jap.Ada pau kacang,
pau kastad, pau kaya, n pau pork pork...Sangat-sangat menyelerekan
okehh..Terus aku terbayang-bayang sampai la sekarang.
Kalau nak diikut kan hati, nak je aku kua dari opis pegi kedai kat bus
stop tu gi beli pau kelapa.Tapi ditahan-tahan je ni..Sambil-sambil tu
dok google berapa carb yang ada dalam sebiji pau.Sekali jumpe
daaaaa... +-80gm carb okeeeee...huhuhu,kempunan la akuuuuu
adooiiiiiii....Ya Allah..kuatkanlah aku..teringin gilerrrrr ni...Amin
Amin Ya Rabbalamin...

Friday, January 4, 2013

Air Oh Air...

Tengah seronok-seronok dapat hadiah beday, tetiba teringat umah aku plak.Dah ade air ke blom ntah.Penat la wehhhh.Dah 7 hari dah masuk hari ni umah aku takde air.Aku xde masalah kalau nak mandi,sebab opis aku ade tempat nak mandi.Siap ade water heater lagi.So, xde isu kat situ.Yang membuatkan aku tertekan nya,aku takleh nak masak la..Korang pun tau kan aku tengah dalam induction DA.So,brekfes suma kene prepare dari umah.Ni disebabkan takde air,aku memang dah skip brekfes.Minum air pun kurang..yelah, takut berulang kali ke toilet.Air mana cukup.Sekarang ni aku nak timbang pun takut.Lepas tu selera aku plak dah lain macam.Asik lapar je memanjang.Macam ni rupenye rase kalau kita skip makan kan?hisshhh,lagi la aku tertekan.Plsss air..Tolong lah ade bile aku balik keje nanti.
Ikut pada berita yang aku baca tadi, rata-rata penduduk yang ada gangguan air tu kata, masalah selesai.Harap-harap, umah aku pun same lah ye.Cukup lah 7 hari ni,korang dah bebankan rakyat.Kot ye pun nak berpolitik, jangan lah sampai menyiksa rakyat...Kang tak undi kang..baru tau.

Mode : Frust sebab tak dapat nak capai berat angka 8.stresss!!!


Terima Kasih Cik Ayukkkk

Yeayyy, aku dapat lagi hadiah beday..Kali ni Cik Ayuk plak yang bagi..Nak tau ape dia? 
Jeng jeng jeng....
-
-
-
 
hihi..perfume...walaupun aku tak pernah terpikir pun nak beli perfume Katty Perry nih sebab tak penah bau..tapi disebabkan bau dia tersangat lah manis dan sedap, maka ia akan aku masukkan ke dalam list feveret perfume aku..huhuhu..suka! suka! suka! .Tq ye cik ayuk.Sangat-sangat memahami.Lagipun perfume yang ada skang ni tinggal sikit je lagi nak abes.So, memang sedang-sedang lah kan.Tak pening aku nak mencarik perfume baru,ngeeeee..


Wednesday, January 2, 2013

Doa Ku....

Ya Allah,
Engkau lebih mengetahui,
hari semalam aku menangis kerana kesedihan,
aku kuatkan semangat mendepani kesulitan,
namun air mata ku gagal tertahan,

aku lemah mendepani ujian,
sedangkan Kau uji aku dengan sekecil ujian,
jika di bandingkan dengan orang-orang yang lain.

maafkan aku,Ya Allah.
kuatkan aku menjalani kehidupan ini,
sememangnya cintaku padaMu mengisi segenap ruang hati,
namun adakala hatiku terikut perasaan yang mengapi,
aku terlayan emosi sendiri.

ya Allah,
aku sedar perjuangan ini tidak mudah,
aku perlu kuat hati dan tabah,
kan ku kebalkan tapak kakiku di setiap langkah,
agar onak duri yang mencucuk tidak akan buat aku rebah,
kan ku sirami hatiku dengan hujan taqwa,
agar hati ini ialah hati yang subur dengan redha,
walau sekencang apa pun dugaan melanda,
tiada resah kan ada.
kan ku damaikan jiwa,
dengan doa-doa yang tidak pernah ku lupa,
kerana doa itu senjata,
membentengkan ku dari sebarang lara.

ya Allah,
aku tidak cukup kuat,
anugerahkan aku ketabahan dan keyakinan,
bahawa perjalanan yang berliku ini,
akan berakhir dengan indah.

setiap pengorbanan yang terlaksana,
Allah tidak akan persia,
biarlah manusia berkata apa,
hanya Dia yang mengetahui segala,

cukup bagiku Allah,
tak ku harap simpati pada manusia,
kerana kita adalah insan yang tidak berdaya,
apa yang melebihi jangkauan akal kita,
sudah tidak mampu kita teroka.

sedang Dia memiliki kekuasaan yang maha hebat maha perkasa,
ku berserah padaNya,
hidup matiku hanya untukNya.


"........segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita
dari kami "(Fathir: 34)