me & my lovely family

me & my lovely family

Thursday, March 15, 2012

Rasa Mu, Rasa Ku (Erkkk,Belassaahhhhh)

Assalamualaikum semua..

Dah lama sangat aku tak update blog kan?? xde mood la korang..sori sangat2. Tetiba hari ni,mood aku nak mem'blog' datang.. sebab teringat akan kisah seorang hamba Allah ni. Bukan niat nak mengaib kan, mungkin dengan meluahkan dan mendapatkan pandangan, akan buat seseorang tu lebey rasa tenang ker..betul tak?? So juz nak sharing 1 situasi kat sini.
Apa tindakan korang bila pasangan korang yang memang setia dengan korang,terlalu sayang dengan korang, senang kata dari segi caring,gentleman,bodyguard,tu semua lengkap lah.Memang tak dinafikan.Cuma 1 masalah jer yang kurang iaitu Financial.Tak dinafikan,masalah financial ni dikatogeri kan sebagai masalah biasa pada kaum lelaki (tak semua okkey,segelintir sahaja.yang oke,zip korang nye mulut ye) tak kurang jugak pada kaum perempuan.Aku tak kata yang kaum perempuan ni 100% perfect dari segi financial,cuma yang membuatkan kaum perempuan ni jarang kita dengar ada masalah ni sebab dorang pandai carik jalan penyelesaian.Pandai nak bajet,pandai nak agih2,pandailah dalam apa saja situasi yang seangkatan dengan nye.
So, berbalik pada masalah keewangan pasangan korang ni tadi.Pasangan korang ni CUMA fail nak tanggung korang jer (cuma ke tuh??rase macam lagi besar je masalah ni). Bermaksud, dari duit belanja harian,duit makan,duit ape saje masalah yg dihadapi ditengah jalan, semuanya korang tanggung. Apa yang korang tau, pasangan korang ni kerja.Tapi 1sen pun korang tak nampak mane pergi duit dia.Tak ke pelik tuh?Bila ditanya, ada sahaja alasan yang diberikan.Mula konfius sama ada kerja ke tak.Bukan ke kalau lelaki,asal gaji dah masuk jer, tersangatlah excited.Ada saje plan nak menghabiskan.Kadang-kadang tak sampai seminggu pun.Lepas tu,kalau gaji masuk lambat sikit, mulalah tak senang duduk.Betul tak??Setakat lelaki2 yang aku kenal selama ni,macam tu lah perangainye. Tapi kalau jenis yang macam nih,cemane ye??Kiranya 100% korang memang kene tanggung dia jer. Sampaikan dah beberapa kali mintak putus, tetap jugak lelaki tu  xnak putus.Berapa kali cuba larikan diri & cuba untuk berubah , tapi si lelaki ini tetap taknak mengalah.Sampai terpikir,ada agenda lain ker yang lelaki ini cuba nak tunjukkan.Sayang memang sayang, tapi boley bertahan ker selamanye macam tu..Ape korang rase?? Ape yang perlu dibuat ye??
Kesian sangat hamba Allah ni. Bila dipikir balik..lelaki macam ni, boley ke dijadikan suami suatu hari nanti? Yelah, ciri-ciri lelaki yang layak menjadi suami..salah satunye kan kene berkerja,MAMPU & WAJIB untuk memberi nafkah zahir.Memang lah akan ada pihak yang berkata 'Kalau dah sayang, sabar jer..Lama nanti berubah la tu..' Pergghhhh..korang boley terima ke statement tu? Serius, aku cuba gak nak pikir yang aku berada dalam situasi tu,tapi aku pun buntu la..
So, if ada pandangan-pandangan yang bernas,jangan lah segan nak komen ye..Sangatlah dialu-alu kan..

Nota Kaki : Terima Kasih Pada Tuan Badan Kerana Mengizinkan Kisah Anda Dalam Blog Saya Ini.Segala Butiran Anda, Tidak Akan Saya Dedahkan Walaupun Sikit Sebab Saya Tau..Jika Saya Langgar Perjanjian Ini,Pasti Perkara Ini Akan Berbalik Kepada Saya..What Comes Around,Goes Around...Sekian


No comments:

Post a Comment