me & my lovely family

me & my lovely family

Saturday, July 2, 2011

Astro oh astro...



KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Kabinet yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya semalam, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan tarif perkhidmatan mereka.


"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali ia diluluskan mengikut kadar yang berpatutan dan mengikut lunas undang-undang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pascakabinet di Angkasapuri.

Beliau berkata, setakat ini Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.


"Notis yang dikeluarkan Astro itu bertentangan undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya sudah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian," katanya.


Menjelaskan maksud 'tindakan sewajarnya', Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.

Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. — Bernama

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
Nota Kaki : Kalau nak diikutkan plan aku 2 bln lepas,aku mmg niat nak sambung balik Astro uma aku tu bulan ni.Yela..mana tak nye..dah hampir 3 bln okkey aku stopkan Astro uma aku.Balik2 layan TV1 ngan TV2 je.Tu pn kalau siaran TV2 tu dpt tengok clear,kalau tak clear, memanjang la aku layan TV1 tu.Tapi sejak Astro naikkan harga pakej n ramai jugak aku dengar yang mengeluh sebab naik mendadak,terus aku cancel nk sambung Astro tu okkey.Lantaklah..TV1 pn TV1 lah.Layan je..

No comments:

Post a Comment