me & my lovely family

me & my lovely family

Tuesday, March 1, 2011

Elak Penyakit Lupa Dan Otak Lembab

Sementara nk menghabiskan waktu lunch aku smlm,sempat lagi aku singgah google reader..n terus jumpe info yg sgt2 sesuai utk aku yang ade penyakit lupa nih.Jom cube,mana tau kot2 berkesan ker???


Sering kali kita dihinggapi penyakit mudah lupa.Betulkah kita ni jenis mudah lupa ? Berikut beberapa petua yang perlu diamalkan untuk mengelakkan kita mudah lupa dan mengalami kerosakan otak

1. Ambil sarapan pagi (yg ni aku mmg wajib amik)
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
 
 2. Jangan makan berlebihan (errr..rase nye x kot)
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Jangan Merokok (mmg x sentuh pn)
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Elakkan Penggunaan gula yang berlebihan (hanya bile nk masak sambal nasik lemak jer)
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Elakkan menghidu udara tercemar (kalu dah dok kl ni,mane nk jmpe udara yg fresh???)
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

 6. Elakkan tidur berlebihan (kalu off day jer)
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Elakkan Menutup muka ketika tidur (x suke sbb nnt rase lemas)
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Jangan biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat. (x ingt la penah wat ke x)
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Elakkan Kurang berimaginasi (ish yg ni selalu sbb selalu imagine kalu lah aku kuruss...)
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Elakkan Jarang berfikir (byk sgt2 la)
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Kata Imam Al-Ghazali ...akal kalau dibiarkan surut akan menganggur..........Berfikirlah secara sihat kerana minda sihat datang dari tubuh yang sihat. Kita juga digalakkan makan kismis untuk kesihatan otak dan ingatan - yg ni dlu aku mmg praktik kn,tp since trmakan ssuatu dlm kotak kismis tu,trus fobia okkey (x perlu nk mention kismis ape sbb kismis tu mmg femes).

Petikan dari MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

No comments:

Post a Comment