me & my lovely family

me & my lovely family

Wednesday, September 28, 2011

10 Gunung Berapi Berbahaya Yang Masih Aktif Di Dunia

Tengah2 layan forum,jumpa plak info pasal gunung berapi ni.Rasa macam bes je nak share2 ngan korang.So, enjoy ya!!

1. Chaitén



Terletak di Chile selatan, tepi kaldera mencapai 1,122 meter di atas aras laut dan 3km dengan diameter. Gunung Chaiten mula meletus pada Mei 2008. Kekuatan letusan itu meningkat secara dramatik menghasilkan ledakan arus awan dan lava. Pada bulan Februari 2009 , terjadi sebahagian letusan disebabkan runtuhnya kubah aliran piroklastik lebih bawah melalui lembah sungai.

2. Mayon



Gunung Mayon terletak di bahagian Albay, di Luzon, Filipina. Sebahagian dari Lingkaran Api Pasifik, merupakan salah satu gunung berapi paling aktif, telah meletus di Filipina selama lebih dari 49 kali dalam masa 400 tahun terakhir.

3. Mount Etna



Terbesar daripada tiga gunung berapi aktif di Itali terletak 3,329 meter di atas aras laut di pesisir timur Sisilia. Salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, Gunung Etna adalah dalam keadaan hampir konstan. Yang paling terakhir adalah letusan abu pada bulan April 2010.

4. Mount Nyiragongo



Gunung Nyiragongo terletak di Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo. Mempunyai kawah dengan selebar kira-kira 2 km. Sejak tahun 1882, gunung ini telah meletus sebanyak 34 kali. Lava Nyiragongo terus turun dengan kelajuan hingga 60 mph.

5. Whakaari / White Island



Pulau putih ini terletak 28 km di timur Pulau Utara Selandia Baru. Letusan telah terjadi di sini baik melalui aliran lava dan ledakan abu . Letusan terbesar terjadi pada tahun 1981-1983 banyak mengubah lanskap, dan ada juga letusan pada tahun 2000 dan 2001.

6. Mount St Helens



Gunung St Helens terletak di Scamania County, Washington, USA. Peristiwa yang paling terkenal berlaku di sini mungkin letusan pada bulan Mei 1980 yang menyebabkan 57 kematian dan kerosakan harta benda seluas lebih dari 230 mil persegi. Pada tahun 2008 wapnya mulai meletus dari rekahan di kubah lava.

7. Kīlauea



Kilauea merupakan gunung berapi aktif di Kepulauan Hawaii dan merupakan salah satu dari lima gunung berapi yang bersama-sama membentuk pulau. Letusan gunung ini bermula pada bulan Januari 1983 dan terus menghasilkan aliran lava yang bergerak dari ventilasi melalui jaringan yang dibuang ke laut. Letusan ini telah meliputi lebih dari 117 km persegi dan dibina dalam laut yang berkedalaman 2 km.

8. Soufrière Hills



Ini gunung berapi Soufrière Hills mempunyai banyak kubah lava yang membentuk puncaknya di pulau Karibia Montserrat. Setelah lama tertidur, gunung ini menjadi aktif pada tahun 1995 dan terus meletus. Pada 5 Februari 2010 ledakannya menyebabkan berlakunya ledakan arus awan di beberapa bahagian gunung itu pada suatu waktu.

9. Popocatépetl



Popocatépetl adalah puncak tertinggi kedua di Mexico pada 5,426 meter, dan terletak kira-kira 70 km di tenggara Mexico City. Gunung ini merupakan gunung yang paling berbahaya di Mexico dengan lebih dari 20 letusan besar sejak 1519. Yang paling baru pada bulan Desember 1994 dan sejak itu aktiviti gunung berapi ini aktif berterusan..

10. Sakurajima



Awalnya sebuah pulau, setelah aliran lava dari letusan 1914 dari Sakurajima sekarang bersambung ke Semenanjung Osumi di Jepun. Aktiviti Sakurajima menjadi lebih menonjol lagi pada tahun 1955, dan gunung berapi telah meletus secara berterusan sejak itu, dengan 7300 letusan tercatat dalam masa 45 tahun terakhir

Friday, September 23, 2011

Lemang Oh Lemang...

Korang pernah tak beli lemang yang jual kat tepi-tepi jalan tu?? Korang rase cane? Puas hati tak?? n yang paling penting,berbaloi tak?? wahhh,banyak no soklan aku tanye ekhhh..bukan ape,time ni kan memang ngah musim open house kan..menu yang disediakan,kalau ade rendang,mesti kene ade lemang..betul tak?walaupun tak semua orang suka lemang tu,tapi lemang tu dah macam tradisi la..perlu kene ada,kalau senang nak beli @ buat lah kan.Bagi yang duduk dalam kawasan kampung-kampung,aku rase xde masalah kalau nak wat lemang tu,btul tak?nak pulak kampung tu,macam kg aku plak kan..macam yang pernah aku cterkan dalam blog aku b4 ni,teramat la meriah okkey..nak pulak nenek aku yang wat,ermmmmm cedapnye..menyesal plak tak makan beria hari tu,hehe..
So,berbalik pada soklan2 aku tadi,korang rase berbaloi ker beli lemang kat tepi2 jalan tu ??aku tau la korang sume dok bandar..umah xde lot tanah nak msk lemang bagai,xpn dok kondo xley nak msk2 kat swimming pool tu..tak pun dok flat mcm aku yg sememangnye penuh ngan sampah2 yg byk sebab cleaner sume mogok (errkk,terlepas sudahhh).Disebabkan tu semua,korang xde pilihan,terpkse gak beli lemang tu.Betul tak?Tapi reason2 tu semua aku xnak,sebab memang tu je pon jawapannye..xde len lagi dah,kompem.Heheheh...Cuma yang aku tak puas hatinye,dah 2 kali dah aku kene tau.Walaupun lemang tu bukan aku yang beli sendiri,tapi sebab aku ade je time tu,so aku mesti nak jugak rase lemang -lemang tu.Dah lah kecik..pastu harge RM10 lak tu..aku paham la nape dia nak letak RM10 sebatang tu sbb nak wat nye agak remeh n bahan2 dia memang agak mahal.So yang tu,aku x kesah.Yang aku kesahnye,berkerak jadinye lemang tu..Jadi,kalau yang buluh kecik tu berkerak,xsmpai separuh pn yang boley dimakan tau.Geram je rase..Cemane la diorg boley jual macam tu..Pastu jual plak ikut saiz buluh lemang. Lagi besar buluh nye, lagi mahal la regenye..
Isshhhhh,kalau lah aku berpeluang nak wat bisnes makan2 satu masa nanti..aku akan pastikan yang customer2 aku pun akan makan sama rasa macam aku makan.Means,aku xkan bagi customer aku rase x sedap.Tapi aku pn paham..bukan senang nak puaskan hati semua orang kannn..tp xpe,aku akan sentiasa belajar,belajar n belajar okkey..


 
Nota Kaki : Kebanyakan lemang yang jual kat Ampang,semuanye berkerak,okkey..Yang sedap dan tak berkerak aku ade jumpe kat area Setiawangsa @ Ukay Perdana jer..Tempat len aku x tau,kalau korang tau,share2 la ye..