me & my lovely family

me & my lovely family

Sunday, May 4, 2014

I am CITI...

Hye korang..
Lama gak aku senyap kan..
Mentang-mentang dah dapat keje baru (eecceehhh)
Oke2, memang ngaku pun.Dalam persediaan nak masuk kompeni baru & campur plak ngan dugaan-dugaan yang tak putus-putus datang nih sampai lah aku dah join dengan kompeni baru pada 28hb hari tu,
Now, i am proud to announce that 'I am CITI'...
Weeee...seronok seronok seronok dan seronok
Tak tergambar betapa seronok nya aku dapat join Citibank
Giler tak proud!! Sebabnye,Dari hari pertama aku masuk dorang punya 'Meet & Greet Session', aku dah nampak dah apa plan aku dengan Citibank ni
Kalau dorang boleh stay 10, 11, 13 tahun dengan Citi, why not aku yang sebelum ni boleh bertahan 7 tahun dengan kompeni yang sama, untuk cabar diri aku untuk jadi macam dorang.
Memang bank adalah bidang yang sangat tough jika nak dibandingkan dengan bidang aku sebelum ni, tapi dengan nawaitu yang baik, Inshaa Allah segalanya Allah akan permudahkan..Aamiin..


Bila dengar je benefit yang Citibank bagi, Ya Allah...betapa ruginya la aku tak join awal-awal lagi.Serius, rasa rugi sangat2.Umur 31 baru nak dapat semua benefit2 nih?Sedih kan.Tu belum lagi ada yang suruh aku balik kampung je keje kat kampung sebab tengok keadaan aku yang makin teruk (dari segi financial la).Serius, agak kecewa jugak dengan cadangan tu, tapi takpe..tak makan hati pun.Itu semua dalam perancangan Allah.. jangan menyesal Huda..ni semua ketentuan dari Nya.Ada sebab kenapa sekarang baru Allah beri rezeki ni.Jadi bersyukur ye...Alhamdulillah...

Lepas je dah dapat tau benefit semua, kelas training pun dimulakan.Yang besnye, semua disediakan oke..Pen, pensel,file,buku latihan..semua dah tersedia dari hari yang pertama lagi.Temporary access card pun dia bagi sebab sume pintu kalau nak masuk kene  guna access card kan.So takyah nak tunggu2 orang lalu, baru boleh masuk.


 Haaa..ni dia yang dorang bagi..
Hari pertama je dah start mengira-ngira.Menggagau la jugak sebab dah lama tak asah otak ni untuk main kira-kira
Satu lagi, mesti korang pelik asal ada nama Nureen kat situ
FYI, nanti bila kitorang dah live..jawab call kat call floor nanti, kitorang tak dibenarkan guna nama sendiri.Sebab nya, nanti customer konfius..So, kitorang kene pilih 3 nama bermula dengan huruf N sebab batch aku adalah batch N.Penat jugak la aku nak memilih nama N.Nak guna nurul, dah sah-sah bos besar tak approve.
So,yang terlintas waktu tu adalah,
1st - Norish (berangan2 nak jadi norish karman)
2nd - Ninie (ala-ala nini cokelat celop la plak)
3rd - Nureen (teringat senior kt SMDB dulu nama dia nurin ilhamie)
Sudahnya, yang approve adalah pilihan no 3.
So...my name is nureen....

Some more, aku ingat training kitorang sebulan jer..Rupa-rupanya, 40 hari berkerja oke..
Maknenye, menjelang puasa nanti baru aku dijadualkan mengikut shift.Jadi, dalam tempoh 40 hari ni, jadual aku 9pg hingga 6ptg & Sabtu Ahad dan Public Holiday adalah cuti...
Huhu, dah lama tak cuti Sabtu Ahad, jadi agak janggal plak bila Sabtu Ahad aku kat umah.
Mula-mula bila dengar training, ingat kan dapat la balik awal kan..macam kat Celcom dulu.Dalam jadual bagitau, training 8.30pg sampai 5ptg.Sudahnya, stat kul 9pg n balik kul 3.30ptg.Bes kan?? Tapi dengan Citibank, verraangannnn la korang.Lagi lambat lagi ada balik nya..Start memang sharp kul 9.
Tapi trainer kitorang plak oke...sporting.Cuma bila dlm kelas, kena fokus & serius.Selain dari itu, boleh nak huha huha bagai.
Well, Jumaat lepas, genap minggu pertama trening aku..Another 7 weeks to go..
Ya Allah ya tuhanku..Kau permudahkanlah segala urusan ku..Kau berikanlah kesihatan yang baik dan berkekalan untuk aku terus mencapai impian dan matlamatku..
Aamiinn...

1 comment:

  1. Salam kak sorry kalau comment ni mengacau. Tp nak tanya masa akak interview untuk citibank ni dia interview mcm mana? If akak boleh share lah dgn saya. Saya dpt interview customer service officer. Jd mcm blur blur lagi.

    ReplyDelete