Tapi keadaan sekarang tak membenarkan aku nak jumpa famili-famili aku..
Bukan bererti suami aku tak benarkan aku balik kampung..
Dia tak pernah larang pun..
Tetapi keadaan kitorang yang memang tak membenarkan kitorang nak buat apa pun..
Sedangkan keluarga mertua yang kat Port Klang tu pun, aku tak jengah tengok dorang,ni pulak famili aku yang kat Perak tu kan..
Sampaikan aku rasa, adik-adik & kawan-kawan aku pun mula dah jauhkan diri dari aku..
Teruk betul aku ni kan?
Maafkan aku kalian, jika aku tersalah tafsiran..
"Mak, Abah..Nor mintak maaf..hanya doa je yang mampu Nor hulurkan buat masa ni.Doakan Nor dan suami baik-baik & dipermudahkan segala urusan ye..Bagi kami peluang untuk bangkit & pulihkan semula keadaan..."
" Berjalan dan terus berjalan, dan terus berjalan, dan terus berjalan....
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".