me & my lovely family

me & my lovely family

Thursday, May 31, 2012

Lagi Penyejuk Hati

Pakar diari hati wrote:

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda.

Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyejuk Hati

Pakar diari hati wrote:

Di saat TIDAK ADA SEORANG PUN yang boleh kamu percaya untuk mendengar isi hatimu..

Di saat tidak ada yang mampu MENGHILANGKAN gelisah di hatimu..
Di saat bibirmu TIDAK MAMPU mengeluarkan kata-kata..

Maka, BERBICARALAH DALAM SUJUDMU..berceritalah padaNya, Allah yang akan menjadi PENDENGAR YANG SETIA untukmu..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 27, 2012

Ahad Yang Mendung Bererti Ujan Kot!

Huhu..Lama giler tak jengah kat cni..Bz korang,bz..Sampaikan tak tau nak mulakan yang mane dulu.Ermmm,oke.Sebagai permulaan, aku nak wish Congratulations to my Adik yang baru saje bertunang pada 19.05.2012 lalu..Dah, masuk fasa pertama dah sebelum tempuh alam perkahwinan.Insyaallah,jika diizinkan Allah, majlis persandingan mereka berdua akan berlansung pada 10.11.12 (belah pihak perempuan) & 11.11.12 (belah pihak lelaki..belah aku la tuh!!).


Pandai dia pilih tarikh kan?dah ilang 1 tarikh dalam list aku...List??? Hehe..suprise tak, surprise tak?? Dah la korang,takyah nak rase surprise sangat lah.Takde ape pun.Tapi memang betul pun..aku memang ade senaraikan beberapa tarikh yang sesuai sekiranya aku jadi kahwin taun ni.Tapi tu cuma suka2 jer,kalu jadi aku kahwin tahun ni,Alhamdulillah sangat2..sebab aku cuma tunggu loan umah mak aku tu lulus jer..Selagi tak lulus,selagi tu aku tak akan buat sebarang persiapan & aku dah cakap kat mak aku pn pasal benda nih.Biarla adik aku tu lepas dulu..bukannye ade istilah langkah bendul pun kan..Lagi pun, dia dah ade duit dah.Watpe nak ditahan2 lagi kan?

Sungguh pun adik aku dah ade tarikh tetap untuk majlis dia nanti..aku tau,jauh disudut hati mak aku tu,dia nak sangat majlis aku langsung dulu.Walaupun dia sendiri pun tak tau,sape yang aku akan berkahwin nanti.Pada dia,sebaik2 nye dulukan yang sulung dulu,nak plak yang sulung tu anak dara..so,tak len tak bukan,aku la tuh.Takkn Cua kot kan?


Tipu la kalau aku kata aku tak usaha nak jayakan apa impian mak aku tu.Aku cube okke..pelbagai cara.Doa pun aku tak lupe.Sebab doa tanpa usaha pun tak guna gak kan? & usaha tanpa doa pun lagi lah,tak bersyukur namanye tuh.So aku cube segala2 nye,macam2.Ujian,dugaan tu,xyah ckap la kan.Memang tak lekang.Allah tu Maha Adil,dia tau ujian yang dia bagi tu,aku mampu nak laluinya.Sampaikan ada satu tahap,aku nak berenti dari berusaha.Aku dah putus asa.Cuma bile aku sedar yang aku dah pergi sejauh ni,takkan semudah tu je aku nak berenti...walaupun terlalu sakit,pedih,pahit pada aku, aku memang tak boleh nak berenti,semuanya aku kene telan & aku tetap perlu teruskan.Sehingga bila?Aku serahkan segalanya pada Dia.Aku hanya ikut je percaturan yang telah ditetapkan..Hanya kekuatan Ya Allah,yang aku perlukan dari Mu...